web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 7:13AM

Terdahulu, Muhyiddin Yassin membuat tawaran kepada Khairy Jamaluddin untuk menjadi Ahli MPT BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti lain, sebelum mengumumkannya pada 17 Mei lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai nilai sentimental dan tempat tersendiri di hatinya.

Justeru, Khairy berkata, apabila menerima tawaran daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti terbabit, beliau berada dalam keadaan serba-salah untuk membuat keputusan.

“Saya dalam keadaan serba salah untuk decide (tentukan), tetapi pada masa sama, saya ada ‘nilai sentimental’ kepada Tan Sri.

“Saya DNA sebagai ahli politik, the end of the day i want to get back into politic now or later, so I will see him soon (akhir nanti saya mahu kembali ke arena politik sama ada sekarang atau nanti, jadi saya akan bertemu beliau dalam tempoh terdekat),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program podcast bertajuk Keluar Sekejap semalam.

Program itu dikendalikannya bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Kenyataan Khairy itu sebagai menjawab persoalan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang diundang menjadi tetamu jemputan dalam sesi bual bicara berkenaan mengenai apakah pandangan beliau berhubung tawaran diberikan Muhyiddin.

“Jadi KJ (Khairy Jamaluddin), you’re welcome (anda dialu-alukan), macam mana?” katanya.

Selain itu, Khairy berkata, perasaan serba-salah terbabit juga tercetus memandangkan tawaran dibuat Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri berkenaan diusulkan secara sangat tertib.

Malah, katanya, Muhyiddin menjemput beliau untuk hadir bertemunya bagi mengadakan perbincangan.

“Ya lah sejarah saya dengan Tan Sri (Muhyiddin) lama dah, saya pun pernah jadi menteri di bawah beliau dan saya fikir ramai orang pun tahu saya memiliki nilai sentimental kepada beliau.

“Sampaikan salam kepada Tan Sri, saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat, apa sahaja keputusan saya, saya harap Tan Sri akan terimalah dan BERSATU akan terima,” katanya.

Khairy berkata, perasaan serba-salah terbabit juga tercetus memandangkan tawaran dibuat Muhyiddin diusulkan secara sangat tertib - Gambar Fail
Khairy berkata, perasaan serba-salah terbabit juga tercetus memandangkan tawaran dibuat Muhyiddin diusulkan secara sangat tertib - Gambar Fail

Sementara itu, Shahril turut mengajukan persoalan kepada Wan Ahmad Fayhsal mengapa BERSATU membuat tawaran berkenaan kepada Khairy.

“Kenapa BERSATU nak sangat KJ ini dan kenapa KJ patut terima tawaran BERSATU, sedangkan beliau tengah best (seronok) dengan Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan ini dan dapat 54,000 view (tontonan) satu episod, beliau masuk BERSATU habislah, apa tawaran sebenarnya daripada BERSATU?” soalnya.

Membalas pertanyaan itu, Ahli Parlimen Machang terbabit berkata, beliau tidak boleh menjawabnya bagi pihak BERSATU, memandangkannya tidak diberi mandat untuk mengulas mengenai perkara berkenaan.

Namun, katanya, sebagai pimpinan BERSATU, beliau boleh memberi komentar mengapa parti itu menghargai bakat dimiliki Khairy.

Tegasnya, seperti diketahui, tidak ramai pemimpin anak muda yang terbukti berjaya dalam politik, tetapi Khairy seorang daripadanya, justeru beliau menyifatkan adalah satu perkara merugikan sekiranya parti politik tidak mendapatkan khidmat mantan Menteri Kesihatan itu untuk menabur bakti kepada negara.

“Hanya kerana kezaliman dibuat Presiden UMNO ke atas beliau, jadi kami di BERSATU seperti mana presiden kami ucapkan, kita tidak pernah bersifat begitu.

“Kita tidak pernah menghukum bakat muda hanya kerana presidennya takut untuk bertanding,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan semasa rakaman podcast 'Keluar Sekejap' - Gambar Twitter Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan semasa rakaman podcast 'Keluar Sekejap' - Gambar Twitter Wan Ahmad Fayhsal

Terdahulu, Muhyiddin membuat tawaran kepada Khairy untuk menjadi Ahli MPT BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti lain, sebelum mengumumkannya pada 17 Mei lalu.

Muhyiddin dilaporkan berkata, tawaran berkenaan dibuat memandangkan partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan, bukannya berniat ‘mengumpan’ Khairy.

Pada 22 Mei, Khairy meminta diberi masa bagi mempertimbang tawaran itu kerana bukan mudah membuat keputusan mengenainya.

“Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini...terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini,” katanya.

Malah, beliau menganggap, peluang kedua untuk memilih parti politik diterimanya itu tidak boleh diambil ringan.

“Saya nak pilih dengan rela hati bukan nak jadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN), sebab parti itu mewakili nilai dan pendirian politik saya. Jadi saya perlukan masa, bukan terus saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran Tan Sri.

“Saya nak menjelaskan kepada orang ramai dan pendengar yang peduli mengenai hal ini,” katanya. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad