web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 8:04AM

Perdana Menteri ketika berucap pada Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan.

Menteri Kewangan itu berkata peningkatan gaji penjawat awam, dijangka membabitkan kos lebih RM10 bilion mulai tahun depan, boleh ditampung dengan pengurusan kewangan yang lebih tegas.

"Kenaikan gaji itu boleh dilaksana kerana kita boleh kawal pengurusan kewangan...saya yakin ada barakah, ada nikmat kalau kita betul-betul strict dan rigid dalam hal ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di sini malam tadi.

Beliau berkata keputusan untuk menaikkan gaji penjawat awam adalan satu ganjaran yang adil dan sebagai usaha meningkatkan lagi kefahaman tugas serta disiplin mereka.

"Tingkatkan kefahaman, kerja bersungguh-sungguh, disiplin polis, disiplin tentera...jadi saya bertanggungjawab untuk pastikan ini boleh (dilaksanakan)," katanya. 

Perdana Menteri juga berkata pimpinan negara Islam perlu terus berani menegur dan menyatakan pandangan dalam isu kekejaman terhadap rakyat Palestin ketika ini.

"Perkembangan mutakhir di Gaza yang pernah saya ungkapkan sebelum ini ialah kelesuan suara pimpinan negara-negara Islam, hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menghentikan kekejaman penjajahan manusia ke atas manusia.

"Oleh yang demikian, kerakusan (rejim) Zionis Israel (akan) berterusan dengan dukungan beberapa negara Barat khususnya Amerika Syarikat.

"Saya tidak mewakili negara besar, saya mewakili negara sederhana dengan kekuatan ekonomi yang sederhana tetapi saya tidak boleh lihat kelesuan ini dan mengizinkannya," kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar