web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 8:33AM

Perdana Menteri (tengah) diapit oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (kiri) dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seluruh umat Islam perlu bangkit daripada kealpaan, kecuaian dan kelemahan jika mahu melihat perubahan yang sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan ini terpakai ke atas semua lapisan masyarakat termasuk pimpinan politik, ulama, sarjana, petani, nelayan atau pekerja sektor lain.

Menurut beliau, perubahan dan reformasi yang kukuh dan berkekalan hanya mampu dicapai sekiranya ia dimulakan dengan membina kekuatan dalaman.

“Saya percaya perubahan dan reformasi yang kukuh dan berkekalan hanya boleh dicapai sekiranya kita bermula dengan membina kekuatan dalaman dengan memperbaiki tatakelola dan menangani rasuah yang sistemik dalam negara.

“Ramai yang hanya bicara soal warak dan zuhudnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila menelaah kepemimpinannya. Namun Umar Abdul Aziz juga adalah teladan yang baik dalam aspek kenegaraan, di mana beliau menekankan soal tatakelola dengan membenci dan menolak rasuah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Perdana Menteri menyantuni seorang kanak-kanak ketika menghadiri Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 malam tadi - gambar PMO
Perdana Menteri menyantuni seorang kanak-kanak ketika menghadiri Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 malam tadi - gambar PMO

Perdana Menteri menyatakan demikian sewaktu menyampaikan ucaptama di Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 di Kangar, Perlis malam tadi.

Jelas Anwar, kisah sama dilakar oleh pemimpin ulung Islam, Salahuddin Al-Ayyubi yang banyak tertumpu pada kejayaannya dalam perang menawan Baitulmuqaddis.

“(Salahuddin Al-Ayubi) meninggalkan kehebatannya mengatur tatakelola, mengimarahkan masjid sebagai tempat menyuburkan wacana serta amanah dan tidak merompak harta rakyat,” katanya.

Anwar memberitahu, beliau menyambut baik pendekatan Jabatan Mufti Negeri Perlis menjemputnya untuk meraikan perbezaan pandangan menerusi wacana yang bebas dan segar. 

“Dunia Islam suatu ketika dulu menjadi agung kerana wacana yang meluas di mana Khalifah mendengar pandangan yang berbeza, di samping membenarkan perbahasan sihat oleh ulamak.

“Kita perlu mencontohi semangat yang sama dengan menggalakkan pencerahan, bukan membiarkan rakyat celaru dan bergaduh,” katanya.

Ketibaan Perdana Menteri disambut ribuan pengunjung yang hadir ke Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 malam tadi - gambar PMO
Ketibaan Perdana Menteri disambut ribuan pengunjung yang hadir ke Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 malam tadi - gambar PMO

Perdana Menteri menarik perhatian, rakyat perlu dibiasakan dengan kefahaman supaya tidak pantas menghukum akibat didorong kedangkalan ilmu.

“Hanya budaya ilmu yang subur mampu memastikan kita dapat menguasai pengetahuan baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, sekali gus memastikan negara ini berjaya dalam jihad berdepan tantangan mendatang,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar