web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2024 8:41PM

Anwar Ibrahim ketika menghadiri Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia di Astana, Kazakhstan hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ASTANA – Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu, Kazakhstan juga mahu mengukuhkan kerjasama termasuk perkongsian pengetahuan kerana Malaysia mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam industri pembuatan cip.

"Kazakhstan adalah negara penting di Asia Tengah kerana kekuatan ekonominya dan mereka juga mahu hubungan dengan Malaysia terus ditingkatkan.

"Mereka memberi peluang dan insentif istimewa kepada kita kerana hubungan dua hala dan diplomatik antara kedua-dua negara yang bermula sejak 1992, cuma ia tidak ditingkatkan," katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi selama dua hari ke Kazakhstan, hari ini.

Anwar tiba di sini semalam dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kesepakatan tersebut dibuat dalam pertemuan beliau dengan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Ak Orda) di sini semalam yang disusuli mesyuarat dua hala delegasi masing-masing.

Turut sama dalam delegasi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Malaysia dan negara juga mahu memudahcara proses perdagangan dan pelaburan bagi menarik pelabur serta komuniti perniagaan meneroka peluang kerjasama baharu.

"Kita juga mahu mengukuhkan kerjasama dalam sektor berkepentingan seperti halal, perbankan Islam dan pertanian," kata beliau.

Mengenai Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia hari ini, Anwar berkata empat memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani pada sesi berkenaan yang dijangka menjana eksport sebanyak RM1.6 bilion (AS$350 juta).

MoU yang dimeterai hari ini melibatkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Institut Kajian Strategik Kazakhstan (KazISS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Dewan Perniagaan Kebangsaan Kazakhstan (Atameken).

Turut memeterai MoU adalah Hyrax Oil Sdn Bhd dan Kumpulan Syarikat Alegeum Electric serta antara Berkat OSH Services Sdn Bhd dan APEC Training Center LLP.

Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai jumlah penduduk kira-kira 20 juta orang dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.

la bersempadan dengan Rusia, China, Republik Kyrgyz, Uzbekistan, Turkmenistan dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Eksport utamanya ialah minyak, diikuti gas asli dan komoditi lain. Ia juga merupakan pengeluar utama gandum.

Sementara itu, menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berkata seramai 12 tokoh industri terkemuka Kazakhstan dari 12 syarikat yang tersenarai dalam Forbes menyertai Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia itu.

Beliau berkata antara syarikat yang terlibat dalam pertemuan itu ialah Kazakhmys Corporation LLP, Magnum Cash & Carry, Orbis Kazakhstan, Mechta Market dan Alageum Electric Group.

Terdahulu, Anwar ditemu bual oleh akhbar berbahasa Inggeris Kazakh, Astana Times. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad