web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2024 5:11PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah melancarkan 15 panduan kesedaran terperinci dalam 16 bahasa termasuk bahasa Melayu bagi mempermudah perjalanan jemaah haji pada tahun ini.

Kementerian itu menerusi akaun rasmi X pada Rabu berkata inisiatif berkenaan dilaksanaka sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan segala urusan jemaah haji dan umrah dalam melaksanakan ibadah selari dengan Wawasa 2030 negara itu.

Inisiatif itu juga bertujuan meraikan tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia dengan cara memudahkan mereka melaksanakan ibadah selain salah satu usaha kementerian berkomunikasi dengan jemaah bagi meningkatkan kesedaran mereka semasa musim haji 1445H/2024.

Kementerian itu berkata panduan berkenaan merangkumi semua peringkat perjalanan jemaah haji daripada prosedur persediaan perjalanan, pelaksanaan ibadah haji dan umrah hingga kepulangan jemaah ke negara asal.

Panduan itu boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi kementerian: https://www.haj.gov.sa/.

"Panduan ini menyediakan jawapan bagi semua soalan lazim para jemaah dalam 16 bahasa termasuk bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Urdu, Bengali, Indonesia, Hausa, Amhara, Parsi, Sepanyol, Turki, Sinhala, Uzbek, Rusia dan Melayu", katanya.

Kementerian itu berkata panduan berkenaan turut menyediakan maklumat dan arahan undang-undang dan kesihatan, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi jemaah dalam bahasa yang mudah, gambar, lukisan terperinci serta koleksi klip video dan audio. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad