web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2025 3:28PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Panggilan Kecemasan Lebuhraya (PPKL) Tabung Haji (TH) memainkan peranan penting bukan sahaja bagi memastikan pergerakan bas membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dan Madinah lancar dan teratur, tetapi juga menjamin keselamatan sepanjang perjalanan.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata PPKL juga berfungsi sebagai pusat pemantauan dan penyelarasan utama sekiranya berlaku sebarang kecemasan sepanjang laluan darat sejauh lebih 400 kilometer antara dua kota suci itu.

"Melalui sistem pemantauan secara masa nyata, pasukan PPKL dapat mengesan kedudukan bas jemaah dan mengambil tindakan pantas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan atau masalah teknikal di lebuh raya," katanya ketika ditemui media di perhentian As Sahel, Wadi Starah, di sini.

Mohd Hisham berkata petugas di Wadi Sitara yang terdiri daripada dua petugas kebajikan dan tiga pembantu, sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pusat ini menjadi lokasi strategik kerana jaraknya yang hampir dengan laluan utama dan peranan pentingnya sebagai tempat rehat jemaah selepas berniat ihram di Bir Ali," katanya.

Mohd Hisham berkata sekiranya berlaku insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan, pasukan petugas PPKL akan digerakkan serta-merta untuk memberikan bantuan awal.

"Maklumat kejadian juga akan disalurkan dengan pantas kepada ibu pejabat TH di Makkah, Madinah atau Jeddah untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengurus PPKL Mohd Azir Shahril Ahmad mengakui tugas yang dipikul adalah amanah besar demi kebajikan dan kesejahteraan jemaah haji Malaysia ketika di Tanah Suci meskipun perlu berdepan cuaca panas.

"Saya anggap semua jemaah haji ini seperti ibu bapa saya sendiri dan cara saya menjaga jemaah, begitulah juga saya akan menjaga ibu dan ayah saya. Tambahan pula, mereka adalah Tetamu Allah, Duyufurrahman. Maka menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga mereka sebaik mungkin," katanya.

Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kedah, Siti Norazila Kamarudin berkata dia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan TH dalam memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji.

"Alhamdulillah, petugas TH sangat membantu apabila setiap kali kami sampai di satu-satu lokasi, petugas akan datang memberikan maklumat tentang apa yang perlu dilakukan dan ia sangat membantu serta membuatkan kami rasa selamat sepanjang perjalanan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad