web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 3:00PM

Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8261 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.45 malam Rabu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baharu selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia), Rabu ini.

Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8261 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.45 malam Rabu.

Pengarah Operasi Maktab Mohd Sawal Abong berkata bagi memudahkan urusan pulang jemaah haji berkenaan, pihak Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan mengadakan city check-in, iaitu penghantaran bagasi untuk proses daftar masuk di maktab penginapan masing-masing.

"Jemaah haji tidak perlu untuk menimbang bagasi di lapangan terbang, sebaliknya dibuat di tempat penginapan masing-masing bagi keselesaan mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses city check-in di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah di sini hari ini.

Beliau berkata setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi seberat 30 kilogram, selain dilarang membawa pulang air zamzam seperti ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurutnya setiap jemaah haji akan diberikan lima liter air zamzam setibanya mereka di tanah air.

Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 31 Julai depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar