web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 1:43PM

Akhyar Rashid ketika mendapatkan rawatan selepas disamun. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis kini sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun seorang pemain bola sepak pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, dipetik media, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi, mangsa berusia 25 tahun itu diserang dua individu tidak dikenali, berhampiran sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

"Kejadian menyebabkan mangsa menanggung kerugian hampir RM5,000 dan setakat ini, kita percaya kejadian bermotifkan samun.

"Usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan," katanya, yang dipetik media.

Azli berkata, dalam kejadian berkenaan, mangsa dipercayai baru tiba di kawasan kediamannya dan sebaik turun dari kenderaannya, beliau diserang suspek.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa menghadiri sesi latihan bola sepak di stadium di Gong Badak, Kuala Nerus.

"Dalam kejadian itu, suspek yang memakai 'mask' dan menutup kepala dengan baju hoodie itu juga dipercayai memukul mangsa menggunakan besi yang boleh laras.

"Suspek kemudian mengambil beg duit mangsa yang disimpan dalam beg bimbit dipegang oleh mangsa sebelum beredar dari lokasi kejadian menaiki sebuah kenderaan," katanya.

Ekoran kejadian, Akhyar mengalami pendarahan di ubun-ubun selepas terdapat koyakan kecederaan kira-kira empat sentimeter sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Azli berkata, mangsa menerima empat jahitan di bahagian ubun-ubun serta dua jahitan di bahagian kaki kiri selain mengalami bengkak di bahagian lengan kiri.

Terdahulu, tersebar satu klip video menunjukkan Akhyar duduk di atas kerusi roda dengan mengalami kecederaan di kepala. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad