web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 5:30PM

Khairy memfailkan saman terhadap Jamal berhubung kenyataan media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas.

Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan UMNO mengimport perwakilan dari luar yang bukan perwakilan untuk mengundi usul supaya jawatan nombor satu dan dua tidak dipertanding.

Khairy, yang memfailkan writ saman pada 24 Mei lepas melalui firma guaman Tetuan Aizat Izuan Shakeel, menuntut ganti rugi khas RM1 juta, ganti rugi am, perintah supaya Jamal menerbitkan permohonan maaf di akaun Facebook dan TikToknya serta dalam akhbar utama berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Dalam pernyataan tuntutan, Khairy berkata semasa perhimpunan agung yang berlangsung pada 14 Jan lepas, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) yang dihadiri oleh pengamal media, perwakilan UMNO dan beberapa ahli serta pemimpin parti itu.

Beliau mendakwa pada hari sama, Jamal telah memuat naik rakaman video bertajuk "Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya" di laman Facebook di bawah nama DS Jamal Yunos (DS Jamal Yunos Official).

Khairy berkata Jamal turut memuat naik rakaman sama di akaun TikTok di bawah nama pengguna ‘jamal_yunos.’

Beliau mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antaranya membawa maksud beliau adalah pemimpin yang tiada integriti, seorang individu tiada kredibiliti untuk memimpin dan terbabit atau melakukan jenayah rasuah.

Dakwanya ia juga membawa maksud bekas Ahli Parlimen Rembau itu telah melaksana dan menerapkan pendekatan rasuah untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan ahli parti demi kepentingan peribadi serta tidak layak menjadi seorang pemimpin selain tidak setia kepada UMNO dan pemimpin parti.

Mahkamah Tinggi menetapkan esok bagi pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nik Nur Amalina Mat Zaidan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad