web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Lulus Draf RUU Larang Ahli Parlimen Bertukar Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 6:26PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pembentangan dan perbahasan RUU itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang.

“Pemakluman mengenai draf Rang Undang-Undang ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam (13 Julai) berjalan lancar melalui suatu Nota Jemaah Menteri dan tiada persoalan dibangkitkan serta Nota itu dipersetujui sebulat suara oleh Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata surat rasmi telah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi mendapatkan kelulusan untuk RUU itu dan draf penyata (laporan) Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dibentangkan di meja Ahli Dewan Rakyat pada 18 Julai ini sebagai rujukan dan penelitian awal.

Katanya ini dibuat selaras Peraturan Mesyuarat 60 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk bacaan kali kedua draf RUU itu diadakan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Wan Junaidi turut memaklumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah memuktamadkan pindaan kecil dalam draf penyata pada Selasa (12 Julai) dan mengesahkan draf penyata berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad