web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MQA Jadi Pemudah Cara IPT Lebih Kompetitif Di Peringkat Global

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 7:00AM

Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) komited menjadi pemudah cara atau fasilitator untuk memasarkan pendidikan tinggi Malaysia di persada global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, MQA mahu institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan lebih kompetitif dalam menawarkan program masing-masing di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu mempromosikannya menerusi jaringan kolaborasi global sedia ada mahupun yang bakal dijalinkan.

Katanya, selain fungsi konvensional, pihaknya akan membantu sebaik mungkin agenda pengantarabangsaan yang diketengahkan oleh IPT, terutama dalam aspek mengembangkan pendidikan negara di luar Malaysia.

“Dengan inisiatif ini diyakini akan melonjakkan lagi perkembangan pendidikan tinggi negara di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kami mahu menggalakkan IPT mengambil peluang dengan merancakkan lagi penawaran program kepada pelajar antarabangsa kerana pendidikan tinggi Malaysia mempunyai reputasi yang baik dan mendapat pengiktirafan global,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, pihaknya juga akan membantu IPT tempatan yang ingin membuka kampus di luar negara dalam konteks akreditasi dan MQA akan bekerjasama dengan badan akreditasi di negara berkenaan.

Katanya, usaha itu selaras dengan agenda pengantarabangsaan MQA yang komited untuk memperluas kerjasama di peringkat global bagi memastikan kualiti pendidikan tinggi Malaysia diterima pakai di seluruh dunia.

“Hal ini juga bertepatan dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti yang disampaikan beliau pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023, baru-baru ini.

“Biarpun tidak berkompromi dengan kualiti, kita tidak mahu mengawal selia pendidikan tinggi dengan terlalu ketat atau ‘over-regulated’ dan akan bertindak memudah cara serta mempromosikan pendidikan Malaysia secara bersama dengan IPT,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengiktirafan Bersama Mampu Tarik Minat Pelajar Rusia Ke Malaysia - MQA

3

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Afrika Berpotensi Menjadi ‘Lubuk’ Pelajar Antarabangsa - MQA

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

MQA, UK ENIC Perkukuh Kerjasama 2 Hala Menerusi MoU

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad