web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MQA, UK ENIC Perkukuh Kerjasama 2 Hala Menerusi MoU

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 8:29PM

Pengurusan UK ENIC juga teruja untuk bekerjasama dengan MQA untuk memperkasa jaminan kualiti di kedua-dua negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memperkukuh jaringan antarabangsanya dalam bidang jaminan kualiti dan akreditasi dengan menjalin kerjasama bersama ECCTIS Ltd (ECCTIS), UK National Information Centre (UK ENIC).

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kerjasama yang dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu akan memperkasa kerjasama antarabangsa dalam jaminan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia dan United Kingdom (UK).

“Kerjasama ini juga akan menyaksikan kedua-dua pihak menjadi pemudah cara program mobiliti membabitkan institusi pendidikan tinggi (IPT), mempromosikan sumber maklumat negara, bekerjasama dalam aktiviti dan perkhidmatan, pertukaran maklumat dan pakar.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama dalam Pendidikan Transnasional (TNE), termasuk kedua-dua kelayakan TNE UK-Malaysia dan TNE antarabangsa, bekerjasama dalam Pendidikan dan Latihan Vokasional (VET),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU secara dalam talian di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, MQA diwakili Mohammad Shatar, manakala ECCTIS diwakili Pengarah Eksekutif dan Ketua UK ENIC, Paul Norris.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Profesor Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; Ketua Perkhidmatan Penandaarasan Kualiti UK ENIC, Dr Fabrizio Trifiro; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa dan Ketua Unit MQA International, Muhammad Hasfarizal Kamaludin.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, pengantarabangsaan pendidikan tinggi menjadi antara agenda utama yang dititikberatkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bagaimana badan jaminan kualiti boleh membantu menarik minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.

Beliau berkata, pengajian sepanjang hayat (PSH) dan pendidikan fleksibel ialah antara inisiatif yang memberi nilai tambah untuk ditonjolkan oleh Malaysia di persada global.

Katanya, selaras dengan perkongsian diketengahkan oleh menteri, pihaknya bertuah kerana mempunyai rakan kongsi seperti UK ENIC yang diyakini menjadi titik rujukan MQA untuk menanda aras sewajarnya.

“Diharap dalam tempoh lima tahun MoU ini, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak lebih aktif, berkesan dan membuahkan hasil.

“Sebagai permulaan, MQA akan menghantar dua pegawai untuk mengikuti latihan dalam bidang khidmat pelanggan ke UK ENIC mulai 16 Januari depan dan diharap melalui usaha ini, ia akan membolehkan kami meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, Norris berkata, kerjasama dalam kalangan badan akreditasi di seluruh dunia amat penting, terutama selepas dunia dilanda COVID-19 yang menyaksikan pelbagai mod pengajian diperkenalkan.

Jelasnya, hubung kait antara kualiti dan pengiktirafan amat penting dalam kerjasama yang terjalin antara dua badan jaminan kualiti di UK dan Malaysia.

“Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai inisiatif dalam bidang jaminan kualiti.

“Selaras dengan Konvensyen UNESCO, kita boleh bekerjasama dalam elemen berbeza bagi amalan kedua-dua agensi untuk belajar antara satu sama lain,” katanya. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad