web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 10:17AM

MQA selaku badan tunggal yang menyelia jaminan kualiti pendidikan tinggi, sentiasa meneroka kerjasama dengan agensi akreditasi luar negara, namun inisiatif itu perlu mendapat sokongan IPT kita dengan menonjolkan bidang tujahan masing-masing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG: Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini perlu memberi fokus kepada bidang tujahan atau bidang kepakaran masing-masing dan bukan hanya memberi perhatian untuk memperbaiki kedudukan penarafan universiti dunia saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, dengan kekuatan 20 universiti awam dan lebih 400 IPT swasta, pendidikan tinggi Malaysia mempunyai pelbagai kepakaran yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat global.

Beliau berkata, usaha itu mampu membantu pembangunan masyarakat dan kemajuan negara, selaras dengan objektif asal atau asas penubuhan sesebuah IPT.

Katanya, usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan imej IPT tempatan di peringkat antarabangsa, seterusnya menjadikan negara ini hab bakat dan ilmu sejagat seperti yang dihasratkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagi merealisasikan hasrat itu, katanya, IPT tempatan perlu keluar dari sempadan Malaysia dan bergiat aktif menyertai acara pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa, seperti seminar serta menjadi pengucaptama dalam persidangan.

Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran
Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran

Katanya, inisiatif menonjolkan tujahan IPT akan memberi kemudahan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyarankan universiti yang berkenaan bagi tujuan membantu negara apabila diperlukan.

“Selain itu, apabila Malaysia mahu berkolaborasi dengan negara luar yang inginkan kepakaran dalam sesuatu bidang dari negara kita, mudah untuk kita mengenal pasti universiti terlibat.

“Sekiranya usaha ini tidak dilakukan, sukar bagi masyarakat dunia untuk mengenali Malaysia dan kemampuan negara dalam konteks pendidikan tinggi,” katanya baru-baru ini..

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, MQA selaku badan tunggal yang menyelia jaminan kualiti pendidikan tinggi, pihaknya sentiasa meneroka kerjasama dengan agensi akreditasi luar negara, namun inisiatif itu perlu mendapat sokongan IPT kita dengan menonjolkan bidang tujahan masing-masing.

Katanya, apabila bidang tujahan IPT terus diperkasa, secara langsung atau tidak langsung masyarakat akan merujuk kepada universiti yang berkenaan ketika memerlukan bantuan, sokongan, panduan teknikal, perundingan dan kerjasama lain.

“Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mudah kerana Malaysia terkenal dengan kualiti pendidikan tinggi yang baik, justeru apabila disokong oleh bidang tujahan IPT akan memudahkan lagi kita menjayakannya.

“Apabila bidang tujahan IPT sudah mampan, percayalah secara automatik kedudukan penarafan universiti kita di persada dunia juga akan bertambah baik,” katanya. – Getaran, 19 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pentadbir Universiti Wajib Rancang SOP Krisis Bekalan Air - Gabungan Mahasiswa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengiktirafan Bersama Mampu Tarik Minat Pelajar Rusia Ke Malaysia - MQA

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Diskusi Ilmiah Disekat, MPP UiTM Cadang Tarikh Baharu Syed Saddiq Temui Mahasiswa

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad