Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pentadbir Universiti Wajib Rancang SOP Krisis Bekalan Air - Gabungan Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 7:00AM

Ketika ini gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku di Sabah, Kedah dan Kelantan memberi impak kepada mahasiswa di negeri terbabit - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa Malaysia menggesa pengurusan universiti awam (UA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) atau perancangan dalam menghadapi krisis bekalan air.

Jurucakap gabungan itu menerusi kenyataan berkata, pentadbiran universiti harus mewajibkan sistem pembelajaran atas talian (ODL) kepada mahasiswa jika berlaku krisis bekalan air di kawasan kolej kediaman mereka.

Menurutnya, ketika ini gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku di Sabah, Kedah dan Kelantan memberi impak kepada mahasiswa di negeri terbabit.

“Saban hari kita kerap mendengar mahasiswa terpaksa menulis surat untuk merayu kepada pihak universiti agar memberi kelonggaran ODL kepada mereka apabila krisis ini berlaku.

“Sehubungan itu, dengan SOP yang mewajibkan sistem ODL, maka pelajar boleh segera pulang ke rumah dan mendapat suasana pembelajaran yang lebih kondusif,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM); Mahasiswa Roket; Mahasiswa Amanah Nasional; Demokrat UKM; Suara Siswa UM; Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Congress IIUM.

Dalam pada itu, jurucakap gabungan berkenaan memaklumkan pihaknya turut menuntut agar pengurusan IPTS dan UA khususnya di negeri yang kerap mengalami gangguan bekalan air untuk menambah peruntukan menaiktaraf infrastruktur tangki air di kolej kediaman.

“IPTA mahupun UA perlu terlibat menggerakkan tangki atau trak mobiliti air ke kolej kediaman yang terjejas semasa gangguan bekalan air,”katanya. 

Pada Mei lalu, tular ciapan di Twitter mengenai masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa mengganggu aktiviti seharian warga universiti terbabit.

Lebih kurang 20,000 warga UMS berhadapan krisis air meskipun pelbagai langkah diambil oleh pihak universiti untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Timbalan Naib Canselornya, Profesor Madya Dr Raman Noordin berkata, antara langkah awal yang diambil, termasuk menggunakan perkhidmatan lori tangki Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melibatkan 400,000 liter air sehari.

Menurutnya, UMS juga sudah membuat sistem perpaipan daripada punca air bukit agar ia boleh disalurkan ke dalam kampus dan mampu membekalkan air sehingga 80,000 liter sehari.

Rahman berkata, sebanyak RM350,000 turut diperuntukkan bagi pelaksanaan inovasi bekalan sumber air dalaman seperti air graviti, air bawah tanah dan air hujan di samping menyediakan tangki tambahan di luar kolej kediaman yang lengkap dengan sistem pam dan perpaipan. 

Ujarnya, masalah bekalan air yang dihadapi universiti terbabit turut dirasai secara menyeluruh oleh penduduk sekitar Tuaran, Tamparuli, dan Sepanggar. - Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kelantan, Ikut Sahajalah Model Air Negeri Lain, Kenapa Tak Buat?  

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi