web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 9:57AM

David James - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Aksi Battle of the Reds membabitkan legenda Liverpool dan Manchester United, menggamit kenangan manisnya ketika menjadi penjaga gol The Reds pada era 90-an, kata David James.

Beliau berkata perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok bakal menjadi pertembungan 'hangat kerana kedua-dua pasukan merupakan musuh tradisi, namun tetap bersahabat ketika di luar padang.

Legenda bola sepak berusia 53 tahun yang tiba di Malaysia semalam mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan peminat yang sudah pastinya membakar semangat mereka untuk mencipta kemenangan buat pasukan Liverpool.

"Saya harap peminat dapat datang kerana ia merupakan perlawanan Manchester United dan Liverpool. Mereka tahu kami merupakan musuh tradisi dan saya rasa kedua-dua pasukan akan lakukan yang terbaik untuk menewaskan lawan, tapi Liverpool akan menang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas sesi temu mesra sempena Battle of the Reds yang turut dihadiri Jason Mcateer (Liverpool Red) dan dua pemain Manchester Red, Paula Rachubka dan David May di Sunway Pyramid di sini semalam. 

Mengenai perkembangan Liga Perdana Inggeris (EPL), James berkata Manchester City tidak menghadapi masalah untuk merangkul kejuaraan buat kali keempat.

Ketika ini, Arsenal mengungguli liga dengan 77 mata diikuti Liverpool kedua (74 mata) selepas melengkap 34 daripada 38 perlawanan, manakala Manchester City ketiga (73 mata).

Manchester Red membariskan Dwight Yorke selaku pengurus, bersama David May, Wes Brown, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Eric Djemba Djemba, Paul Rachubka, Russell Beardsmore, Lee Martin, Danny Webber, Mikael Silvestre, Quinton Fortune, Dimitar Berbatov, Erik Nevland, and Dion Dublin dan Teddy Sheringham sebagai kapten pasukan.

Liverpool diketuai David James, Emile Heskey, Glen Johnson, John Arne Rise, Patrik Berger, Vladimir Smicer, Steve McManaman, Jason McAteer, Florent Sinama, John Durnin, David Thompson, Jermaine Pennant, Djibril Cisse, and Phil Babb, dan Luis Garcia selaku kapten.

Battle of the Reds disokong oleh Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad