web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afrika Berpotensi Menjadi ‘Lubuk’ Pelajar Antarabangsa - MQA

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 3:42PM

Mohammad Shatar (dua dari kanan) ketika menyampaikan perkongsian mengenai transformasi pendidikan tinggi Malaysia ketika dan selepas pandemik COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia disaran melakukan promosi secara agresif bagi menembusi pasaran pendidikan tinggi di Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, hal itu kerana menjelang tahun 2050, Afrika akan menjadi antara populasi tertinggi dunia dan 40 peratus daripadanya terdiri anak muda di bawah 20 tahun, malah trend populasi di benua itu sekarang sudah menjurus ke arah demikian.

Beliau berkata, jangkaan demografi itu dikongsikan sendiri Pengarah Institut Penyelidikan Afrika, Edward Paice ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan UK ENIC 2022 (UKENIC22) di London.

“Dalam konteks ini, MQA sudah mengadakan komunikasi awal dengan The African Qualifications Verification Network (AQVN) yang menaungi 30 negara di Afrika ketika pertemuan bersama Pengerusi AQVN, Mirriam M A Chiyaba yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zambia Qualifications Authority.

“Kerjasama semua pihak berkenaan amat diharapkan untuk menjayakan agenda ini dan perlu bergerak pantas sebelum negara lain mengambil peluang keemasan ini,” katanya selepas perkongsian di UKENIC22 yang berlangsung di Queen Elizabeth II Centre, London, baru-baru ini.

Hadir sama, wakil Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO, Profesor Anne Anderson dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Profesor Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari.

Dengan tema ‘Shifting Balance, Changing Models’, persidangan itu mengumpulkan badan akreditasi pendidikan tinggi dan menampilkan pelbagai topik berbeza yang disampaikan melalui panel, bengkel serta pembentangan.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, secara umumnya anak muda di Afrika sangat dahagakan pendidikan, justeru IPT di Malaysia perlu membuat mempromosi di institusi mereka sebaik mungkin bermula sekarang, agar mampu membina reputasi dalam kalangan negara di Afrika bahawa pendidikan tinggi Malaysia antara yang terbaik di dunia.

Katanya, dengan kemudahan asas yang baik, kos sara hidup berpatutan, keadaan aman damai serta faktor keselamatan, diharap pada masa akan datang pelajar dari Afrika akan memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian.

“Sekiranya kita berjaya menembusi pasaran Afrika, usaha ini akan membantu menjayakan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sistem Ranking Universiti Penting Untuk Tarik Kemasukan Pelajar Antarabangsa

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengiktirafan Bersama Mampu Tarik Minat Pelajar Rusia Ke Malaysia - MQA

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

MQA Jadi Pemudah Cara IPT Lebih Kompetitif Di Peringkat Global

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar