web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sistem Ranking Universiti Penting Untuk Tarik Kemasukan Pelajar Antarabangsa

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 6:20PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINTOK - Sistem ranking atau penarafan kedudukan universiti dilihat masih signifikan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini, terutama dalam menarik kemasukan pelajar antarabangsa.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, terdapat negara atau universiti luar negara yang menitikberatkan perkara itu untuk menghantar pelajar mereka menyambung pengajian ke universiti di sesebuah negara lain.

"Kalau kita lihat untuk kemasukan pelajar antarabangsa, contohnya dari Indonesia, Iraq atau negara Asia Barat lain, mereka akan melihat kedudukan ranking sesebuah universiti itu sebelum menghantar pelajar mereka. 

"Contohnya Indonesia, menggalakkan pelajarnya untuk hadir ke universiti yang berada di kedudukan 500 ke atas, maknanya di situ secara tidak langsung ada implikasi. Kalau ranking di bawah daripada yang ditetapkan mungkin pelajar mereka tidak pergi ke universiti tersebut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa universiti tidak boleh terlalu taksub mengejar Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings atau penarafan universiti antarabangsa kerana pendekatan itu sudah tidak relevan ekoran timbul percanggahan dan ketidaktelusan terhadap penanda aras digunakan.

Laporan itu turut memetik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak sebagai berkata, wujud percanggahan antara ranking dikeluarkan QS World University Rankings dengan badan bebas Institut Antarabangsa Berkaitan Global Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU) dari segi soal ketelusan kaedah penarafan dan kualiti data.

Bagaimanapun, Mohd Foad berkata, pada masa akan datang universiti tempatan mungkin tidak perlu terlalu bergantung kepada penarafan antarabangsa khususnya yang menjadi sandaran ketika ini iaitu QS World University Rankings dan Times Higher Education (THE) University Rankings.

Perkara itu, katanya, dapat dilaksanakan sekiranya sistem penarafan universiti yang ada di negara ini iaitu Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) dan Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA) dapat diperkukuh serta diperkasakan.

Mengulas pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu lalu, mengenai pengecualian yuran bagi pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di negara ini, menurut Mohd Foad pihaknya menyambut baik perkara itu.

Beliau berkata, ketika ini pelajar Palestin yang menyambung pengajian di UUM menerima subsidi yuran yang diperkenalkan sejak 2017, dengan kadar yuran dikenakan sama seperti pelajar tempatan bertujuan membantu dan menggalakkan mereka datang ke Malaysia khususnya UUM.

"Kita juga bagi insentif lain berdasarkan perkembangan semasa dan keperluan pelajar, macam baru-baru ini kita sampaikan sumbangan komputer kepada pelajar termasuk dari Palestin," katanya yang memberitahu ketika ini terdapat seramai 64 pelajar Palestin yang menuntut di UUM.

Sementara itu, Mohd Foad berkata, seramai 5,738 graduan tempatan dan antarabangsa akan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-36 UUM yang akan diadakan di Dewan Mu'adzam Shah bermula Ahad ini hingga 23 November. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Syahid Dibunuh Zionis, Pemergian Pelajar UUM Warganegara Palestin Kehilangan Besar 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Changlun, UUM Dilanda Banjir

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Harimau Malaya Mampu Tembus Kelompok 120 Terbaik Dunia Hujung Tahun Ini - Hamidin

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad