web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Mampu Tembus Kelompok 120 Terbaik Dunia Hujung Tahun Ini - Hamidin

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 9:25AM

Hamidin Mohd Amin percaya pasukan negara akan terus mendaki ke kedudukan terbaik jika berjaya meraih keputusan positif dalam keseluruhan enam aksi pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada Jun, September dan Oktober depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Skuad Harimau Malaya yang naik ke posisi 138 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berpotensi menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin percaya pasukan negara akan terus mendaki ke kedudukan terbaik jika berjaya meraih keputusan positif dalam keseluruhan enam aksi pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada Jun, September dan Oktober depan.

Hamidin berkata skuad bimbingan Kim Pan Gon juga boleh mengutip lebih banyak mata ranking dalam dua perlawanan aksi kumpulan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan bermula pada November.

“Jadi kalau proses ini berjalan sampai November dan kejayaan banyak memihak Malaysia, kita mungkin naik ke tangga 120 lebih, itu memang keinginan kita tetapi kita perlu bekerja keras dan yang penting kita perlu mempertahankan ranking FIFA ini.

“Kita tidak boleh kalah berterusan (seperti) yang terjadi sebelum ini, kalau kita lihat bermula hujung tahun 1995 hingga 2010 satu keadaan yang tidak bagus iaitu kita jatuh merudum,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.

Malaysia naik tujuh anak tangga daripada kedudukan 145 untuk berada di posisi 138 dalam ranking FIFA yang dikeluarkan bulan ini susulan dua kemenangan masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, bulan lepas.

Di kedudukan ke-138, skuad Harimau Malaya dipisahkan 63 anak tangga daripada posisi terbaik pernah dicapai iaitu kedudukan ke-75 pada 1993.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata Pan Gon bersama Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan dirinya harus bijak dalam percaturan menentukan pasukan yang akan bermain menentang skuad Harimau Malaya demi mempertahankan ranking dan pada masa sama meningkatkan kualiti pasukan.

Menurut beliau, ranking pasukan negara tidak akan terus melonjak sekalipun berjaya menumbangkan pasukan gergasi dunia, selain ia juga tidak mudah jatuh sekiranya mengalami kekalahan.

“Kalau kalah sekali, kita mesti kekal menang dua atau tiga perlawanan seterusnya supaya ranking tidak tergugat dan kalau hari ini kita menang dengan Brazil, bukan boleh naik nombor satu. Maknanya kita perlu pertahankan ranking dan meningkat secara pelan-pelan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan Malaysia  akan melayani kunjungan Kepulauan Solomon dan Yaman pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 Jun ini dengan venue perlawanan hampir pasti di Johor dan Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad