web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekspo TVET, Rintis Peluang Kerjaya Pelajar Lepasan SPM

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 2:50PM

TES 2021 bakal diacarakan secara maya dan fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya di Malaysia, ekspo dan sidang kemuncak Pendidikan TVET Expo & Summit 2021 (TES 2021) bakal diacarakan secara maya dan fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara yang akan berlangsung esok bertemakan Pendidikan Digital: ‘The New Future’ itu dijangka dihadiri 5,000 peserta daripada kalangan pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan lebih 50 institusi pendidikan.

Ia turut membabitkan 16 penceramah antarabangsa dan tempatan sepanjang ia diadakan, bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Bakal dirasmikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, upacara penutup pula dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad pula dijadualkan memberi ucapan aluan secara maya.

Ekspo berkenaan khusus mempromosikan pembelajaran digital dan kesedaran pendidikan TVET di Malaysia, terutamanya kepada pelajar lepasan SPM.

Penganjuran acara itu membolehkan ibu bapa  meneroka kepelbagaian pilihan kursus untuk anak masing-masing sebagai laluan karier pilihan di masa depan.

Pada masa yang sama, ia merintis laluan untuk mempromosikan kursus yang ditawarkan kepada pelajar dan menggalakkan pendaftaran secara atas talian dan meluaskan rangkaian.  

TES 2021 dijayakan oleh Ruang Cikgu Berhad dengan kerjasama UTHM Education & Training Sdn Bhd sebagai penganjur bersama dan disokong Parlimen Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Institusi Kemahiran Belia Negara.

Orang ramai yang berminat untuk menghadiri ekspo dan sidang kemuncak pendidikan ini boleh mendaftar di laman web rasmi www.tes2021.com. - Getaran, 6 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad