web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Bangunkan Tiga Sistem Dalam Talian Bantu Pengurusan Sekolah, Guru

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:45PM

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedang membangunkan tiga sistem secara dalam talian untuk membantu pengurusan sekolah dan memudahkan tugas guru.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sistem berkenaan melibatkan sistem penyusunan jadual pembelajaran, sistem pengurusan utiliti dan sistem pelaporan pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru.

Menurut beliau, selaras dengan digitalisasi, KPM perlu mengambil peluang untuk menambah baik sistem pengurusan dan kecekapan sumber selain mentransformasikan pedagogi pendidikan negara menjadi lebih menarik.

"Untuk sistem pengurusan utiliti, kami sudah dalam peringkat akhir dan ada prototaip telah siap... Ada lagi penambahbaikan perlu dibuat dan kami harap tahun ini sistem tersebut dapat digunakan.

"Bagi sistem penjadualan waktu pembelajaran, kami dapati ada sekolah yang buat secara manual dan ada juga sekolah beli sistem dari vendor luar...kami sedang bangunkan sistem itu untuk kegunaan sekolah seluruh negara dan harap boleh digunakan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Anugerah Penggunaan Digital dan Teknologi (DUTA) 2021, di Bukit Kiara di sini hari ini.

Jelasnya, sistem berkenaan dalam proses libat urus dengan pemengang taruh termasuk pihak pengurusan sekolah bagi memastikan sistem berkenaan menepati keperluan untuk menyusun jadual pembelajaran murid.

Menurut Radzi, sistem pelaporan PdP pula bagi menyelaraskan dan memudahkan guru menghantar data kepada satu platform yang boleh diakses daripada pelbagai peringkat.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata pendidikan berasaskan digital bukan lagi pilihan sebaliknya keperluan selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0 (IR4.0) selain melahirkan murid dan generasi fasih digital.

"Kami mahu melahirkan murid yang fasih digital dan mampu bersaing mengikut keperluan semasa. Melalui pendidikan digital kita mampu menambah baik pedagogi pendidikan.

-"Guru mahir bidang digital mampu menghasilkan pendekatan pedagogi pendidikan lebih menarik selaras perkembangan IR 4.0," katanya.

Turut hadir di DUTA 2021, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar Dan Kurikulum) Datuk Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Shaiful Hasnan Abdul Hamid.

DUTA adalah acara tahunan untuk mengiktiraf usaha serta komitmen guru dan murid dalam menjayakan inisiatiaf pendidikan digital selain melahirkan murid fasih digital.

Sebanyak 19 kategori menerusi tiga anugerah utama dipertandingkan iaitu Anugerah Pendidikan Digital, Anugerah Pengkarya Guru dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad