web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan KPM Pertingkat Internet Elak ‘Zaman Donut’ Berulang, Ringan Beban Guru

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 6:20PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Kementerian Pendidikan yang sedang menyiapkan kertas kerja berhubung keperluan meningkatkan kemudahan internet di semua sekolah untuk dibentangkan ke mesyuarat Kabinet, dianggap mampu mengurangkan bebanan serta melancarkan tugas guru dalam menguruskan aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, keperluan mempertingkatkan fasiliti itu memang disuarakan pihaknya sejak beberapa tahun lalu, namun belum ada keputusan diterima dari kementerian.

“Kalau KPM nak tingkatkan dan lajukan internet, kita (NUTP) sambut baik. Kita tidak mahu isu ‘zaman donut’ seperti dialami guru dahulu kembali dirasai golongan pendidik ini.

“Masa zaman donut, guru terpaksa berdepan masalah talian internet perlahan sehingga perlu menunggu sistem pautan ‘berpusing lama’ atau ‘buffering’.

“Usaha kementerian meningkatkan kemudahan dan keupayaan internet ini memang bagus untuk ringankan beban guru. Sebelum ini, ada antara guru perlu bangun awal pagi bagi memastikan mereka boleh mengakses sistem dengan lancar,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, pihaknya memahami kekangan dihadapi KPM dalam melaksanakan usaha itu lebih awal disebabkan masalah kewangan untuk membina prasarana mencukupi.

“Jadi kini saya harap usaha untuk meningkatkan kemudahan internet ini dapat disegerakan dan jika boleh, kerajaan berilah peruntukan mencukupi secepat mungkin,” ujarnya.

Senada dalam respon berhubung perkara itu adalah Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan yang mengalu-alukan keputusan berkenaan.

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan

Namun, tegasnya, di sebalik usaha meningkatkan kemudahan jalur lebar, KPM diminta memberi keutamaan bagi menyelesaikan masalah sekolah daif di negara ini.

“Pertama, kita sambut baik kerajaan nak tingkatkan internet, memang bagus.

“Kedua, kita minta kerajaan selesaikan masalah sekolah daif, segerakan tangani perkara ini yang banyak berlaku, khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan daif didepani sekolah berkenaan, Mohd Azizee berkata, institusi pendidikan itu ‘diselubungi’ masalah kemudahan asas bukan sahaja membabitkan kekangan internet, malah lebih teruk ketiadaan bekalan air dan elektrik.

“Sekolah terbabit turut berdepan masalah bangunannya yang usang, tak sesuai dengan zaman sekarang, ada berusia lebih 20 tahun, struktur binaan masih papan,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengumumkan, kementeriannya sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan pada mesyuarat Kabinet berhubung keperluan meningkatkan kemudahan internet di semua sekolah.

Katanya, keperluan tersebut adalah selari dengan pelaksanaan pendigitalan pendidikan.

Mohd Radzi berkata, proses penyediaan kertas kerja itu kini di peringkat akhir yang turut membabitkan pandangan semua pihak dalam kementerian.

“Kita mahu melaksanakan satu rangkaian internet di sekolah lebih meluas, berbanding sekarang yang hanya ada di tiga tempat, iaitu bilik, pusat sumber dan pejabat sekolah.

“Jika bercakap mengenai pendigitalan pendidikan, perkara paling penting adalah untuk memastikan akses internet sekolah lebih meluas, khususnya dalam kawasan bilik darjah, asrama dan seluruh sekolah.

Katanya, proses menaik taraf internet yang membabitkan lebih 10,000 sekolah di negara ini, memerlukan perbelanjaan bernilai berbilion ringgit.

Beliau menyatakan demikian ketika menghadiri sebuah program di Lahad Datu, Sabah, semalam. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek