web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UUM Anjur Karnival 3K

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 12:30PM

Penganjuran Karnival 3K mulai 29 hingga 31 Mac ini akan diadakan menerusi platform media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah akan menganjurkan Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan (3K) bermula 29 hingga 31 Mac 2021 ini. 

Karnival yang diadakan secara tahunan itu lazimnya padat dengan program pembangunan pelajar, pemerkasaan, pemikiran kritis dan menanam semangat cintakan negara di samping memelihara kebudayaan serta kesenian.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum, penganjurannya kali ini agak berbeza kerana bakal dijalankan secara atas talian menerusi platform  media sosial, sesuai dengan situasi semasa yang masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, penglibatan mahasiswa dalam Karnival 3K ini merupakan wadah yang terbaik dalam mengekalkan dan mengeratkan hubungan antara kaum dan perpaduan.

Menurut belia, melalui karnival ini juga mahasiswa dan masyarakat akan lebih terhubung terutama dalam mempertahankan tradisi budaya dan kesenian yang terdapat dalam setiap etnik rakyat Malaysia.

"Kita mempunyai mahasiswa bijak dan berbakat dalam bidang seni, begitu juga dengan alumni universiti yang memegang jawatan besar dalam organisasi dengan latar belakang seni.

“Justeru saya berharap pelajar hebat ini dapat menerima perubahan tetapi tidak mengabaikan nilai budaya dan berpegang pada moto UUM iaitu Ilmu Budi Bakti," ujarnya.

Tambah Hendrik, mahasiswa akan berjaya dengan menerima perubahan, mempunyai kefahaman tentang keusahawanan, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai jati diri yang berasaskan nilai untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Mahasiswa perlu meneroka ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sepanjang berada di universiti supaya apabila melangkah ke alam pekerjaan, mahasiswa mempunyai kualiti diri cemerlang, semangat daya saing yang tinggi dan pegangan serta amalan nilai yang kukuh untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi”, jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Budaya dan Seni (PBS), UUM, Asmawiza Hussin berkata, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang penganjuran karnival terbabit seperti forum, program bersama alumni, bengkel dan pertandingan.

“Karnival 3K adalah untuk meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia, dengan tujuan memahami, memberi lebih pengetahuan dan ilmu mengenai kepelbagaian serta keunikan budaya di Malaysia.”

“Selain itu, Karnival 3K ini juga menyediakan platform kepada pengusaha yang menjalankan perniagaan kecil untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui siaran langsung dalam talian, sekali gus membantu pengusaha yang terjejas akibat Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak,” ujar Asmawiza.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karnival boleh melayari akaun Facebook Pusat Budaya UUM.

Getaran berbangga menjadi rakan media digital rasmi festival ini - Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad