Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

Konsert lebih dua jam itu menyaksikan kumpulan ini tampil bertenaga dengan menghanyutkan para peminat dengan seleksi lagu-lagu popular siulan ramai 

Muzik Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 12:53PM

Ariel ternyata memiliki energi yang amat luar biasa

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur pada Sabtu lalu berlangsung dalam suasana yang cukup luar biasa energinya. Seperti beberapa konsert sebelum ini, kumpulan ini tidak pernah mengecewakan peminat-peminat tegar mereka di sini.

Selama lebih dua jam, Noah menghanyutkan 5,500 peminat yang hadir dengan seleksi 24 lagu ‘berhantu’ yang menjadi siulan ramai. Vokalis Noah, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 42, punya aura dan pesona yang luar biasa. Sesekali Ariel menyapa peminat, berkongsi rasa bagi memastikan peminat terus bersama sehingga ke akhir konsert.

“Tahun lalu lokasi kita dikatakan terlalu kecil, jadi kita buat di tempat yang lebih besar. Tetapi jika dilihatkan lokasi ini juga masih kelihatan kecil kerana sangat ramai yang hadir malam ini. Terima kasih banyak kepada semua yang hadir. Ini akan jadi persembahan terakhir kami di sini kerana kami akan cuti panjang selepas ini,” ujar Ariel ketika pertama kali menyapa penonton. 

Dari detik awal sehingga konsert melabuhkan tirainya, Ariel tidak memerlukan orang lain untuk menjadi pengantara. Dia sendiri berlari ke sana-sini, dia jugalah yang berbual mesra dengan peminat. Pendek kata, Noah ‘memiliki’ konsert itu, tanpa individu lain yang menceceh itu dan ini. 

Noah yang dianggotai Ariel (vokalis), Lukman (gitaris) dan juga David (pemain keyboard) memulakan persembahan dengan lagu Topeng, di mana Ariel muncul di tengah-tengah pentas mini berkuasa hidrolik dari bawah pentas. Sebaik sahaja suaranya memenuhi Megastar Arena, Kuala Lumpur,  peminat yang sedari tadi gelisah menunggu mula bersorak kegembiraan. 

Ariel membuka tirai dengan lagu Topeng. Biarpun lagu ini jarang dimainkan di radio tempatan, ternyata peminat tegar tahu dan hafal setiap bait lirik! Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu hits lain seperti Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga, Hidup Untukmu Mati Tanpamu dan Ku Katakan Dengan Indah. 

Lebih istimewa, penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow turut membuat kemunculan khas apabila dia naik ke pentas bersama Ariel menyanyikan lagu baharu Noah berjudul Suara Dalam Kepala. Persembahan tidak diduga ini semestinya mendapat tepukan gemuruh.

Satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka ialah apabila salah seorang peminat dibawa naik ke pentas selepas dia berjaya mengutip bunga ros putih yang dijatuhkan. Sudahlah begitu, Ariel bermurah hati menyanyikan lagu Ini Cinta dengan bertentang mata. Siapalah yang tidak cemburu?

Jika mahu dicoretkan, ada banyak detik indah yang tercipta di konsert Noah kali ini. Mereka yang hadir pasti mengakuinya.  Sebelum mengundurkan diri, Ariel sempat berkongsi rasa dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan.

"Kami punya sejarah yang cukup berharga di sini. Sudah hampir 20 tahun kami menyanyi. Kami akan merindukan kamu semua, yang sentiasa hadir, menyokong kami. Terima kasih banyak Malaysia, kami sangat menghargai waktunya malam ini. Diharap semua akan menyanyi bersama lagu Mungkin Nanti yang merupakan lagu terakhir," katanya.

Peluang menyaksikan konsert Noah adalah pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan oleh setiap yang hadir. Biarpun perlu menempuh trafik yang sesak di malam minggu, kepuasan yang dikecapi bukan kepalang. 

Buat Noah, moga terus sukses dan semoga berjumpa lagi pada siri konsert akan datang! Tahniah juga buat pihak penganjur YOLO Malaysia yang berjaya menampilkan sebuah pentas indah mengagumkan, dan sistem bunyi terbaik. - Getaran, 13 November 2023

Foto : YOLO Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran