web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Afgan, Phum Viphurit, Noryn Aziz Antara Nama Besar Meriahkan Kuching Jazz

10 penghibur Jazz dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia bakal berkampung dua hari di Sarawak.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 10:00AM

Gambar ihsan Hemisphere Corporation

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara muzik wajib Sarawak, Kucing Jazz kembali lagi setelah dua tahun akibat pandemik. Kedatangan kembali acara ini lebih gila dengan penampilan 10 penghibur Jazz yang bukan calang-calang dari beberapa negara.

Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn Bhd percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan pada 28 dan 29 Oktober tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.

Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur termasuk  bintang dari Indonesia, Afgan yang kembali bertemu peminatnya dalam Kuching Jazz.

Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara lewat vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang memang dinantikan banyak penggemar.

Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing-masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.

“Pengunjung akan mendapatkan pengalaman berbeza dalam penganjuran festival ini termasuk persembahan dari Afgan yang tentunya lain daripada persembahannya sebelum ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation, Mark Ferguson.

Masuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskriminasi bangsa atau budaya dengan semua lapisan masyarakat, festival ini dimeriahkan dengan jualan gastronomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan.

Memasuki tahun keempat penganjuran, tolong jangan keliru dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri, lantaran Kuching Jazz mempunyai kekuatan tersendiri.

Festival ini sudah pernah menyaksikan kehadiran bintang bintang Jazz dan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro dan Harvey Malaihollo serta Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.

Tiket sudah muda dijual bermula dengan harga RM90 hingga RM200 bergantung kepada kategori kanak-kanak dan dewasa.

Tiket boleh dibeli menerusi www.kuchingjazz.com. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Dua Diva Bersatu – Kris Dayanti dan Noryn Aziz Bakal Berkongsi Pentas Konsert 

2

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Muzik Indie Baharu Buat Anda!

3

Muzik 5 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Indie 5 tahun yang lalu

Kenali Leon Sapphire

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN