web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:30AM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hidup bersama secara aman dengan mengiktiraf unit keluarga bagi mencerminkan kepentingan dalam menggalakkan persaudaraan sesama insan merupakan satu daripada 10 resolusi penemuan yang dipersetujui dalam Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024.

Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada majlis penutupan persidangan sehari yang dianjurkan oleh JAKIM dan Liga Dunia Muslim di sini, semalam.

"Kebencian dan perkauman merupakan sentimen ganas yang mendedahkan kecacatan besar dalam pemahaman konsep agama, kebangsaan dan sivil.

"Sentimen sebegitu adalah penghasut terbesar ke arah keganasan dan perpecahan. la juga menjadi punca utama mengapa perpaduan dalam sistam moral manusia sering terjejas," katanya.

Hakimah berkata, persidangan itu juga mendapati bahawa dialog berkesan berdasarkan kepada pendekatan beradab merupakan cara terbaik bagi menyelesaikan konflik, merapatkan perbezaan dan mengatasi ketakutan, salah faham dan prasangka, termasuk merungkai teori pertembungan tamadun yang tidak dapat dielak.

"Dialog yang berkesan dan pendekatan dengan niat baik serta impak ketara dalam membina persefahaman dan kerjasama adalah cara terbaik untuk menangani ideologi ekstremis," katanya.

Hakimah berkata, agama tidak boleh diambil kesempatan dalam mencapai apa-apa tujuan yang menyimpang daripada tujuan rohani dan pembaharuan.

Berdasarkan penemuan itu, Hakimah berkata, persidangan turut merumuskan tujuh cadangan, pertamanya menyeru kesedaran dunia untuk memupuk penyelesaian yang jujur, adil dan berkesan, yang pada masa sama melindungi semua hak kemanusiaan serta mengekalkan nilai-nilai bersama.

Kedua, persidangan menyeru pemimpin agama untuk tidak membenarkan masyarakat dihasut dengan sentimen yang mencetuskan permusuhan dan perpecahan serta menjejaskan perpaduan negara dengan melakukan amalan impulsif atau bermusuhan termasuk dengan sengaja menyebarkan maklumat yang mengelirukan dan palsu.

Cadangan ketiga, menyeru institusi kebangsaan dan agama untuk mendepani segala bentuk diskriminasi dan pengecualian terhadap agama, budaya dan etnik minoriti.

"...berusaha untuk mewujudkan perundangan yang kukuh dan berkesan bagi menggalakkan nilai-nilai kasih sayang, pemaaf dan persaudaraan," katanya.

Keempat, persidangan menyeru institusi berkenaan untuk turut melindungi perpaduan keluarga kerana ia mewakili teras masyarakat.

Hakimah berkata, cadangan kelima ialah menyeru pelbagai platform berpengaruh terutamanya media untuk sentiasa mengambil berat tentang tanggungjawab moral yang diamanahkan kerana mereka adalah institusi paling berpengaruh dalam membentuk pendapat umum.

"Keenam, kami menyeru institusi agama di seluruh dunia memupuk sifat pemaaf dalam kalangan masyarakat bagi mengukuhkan ikatan perpaduan dan persaudaraan serta menolak ekstremisme yang mampu membangkitkan kebencian dan mengambil kesempatan daripada agama bagi mencetuskan krisis dan konflik," katanya.

Cadangan terakhir ialah persidangan mengecam semua amalan ekstremis dan keganasan terhadap mana-mana penganut agama dan menyokong segala inisiatif murni yang dapat menangkis semua amalan tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar