web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

Walaupun berlangsung secara tertutup, gambar dan video yang dikongsi di media sosial mengundang kritikan terutama membabitkan busana nikah yang dianggap kurang sesuai

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 4:43PM

gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Afifah Nasir sudah pun selamat bergelar isteri yang sah kepada lelaki pilihan hatinya, Syed Hariz pada Ahad lalu.

Pasangan berkenaan dinikahkan dalam satu majlis tertutup di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur pada sebelah petang dan diraikan dalam satu majlis resepsi di tempat yang sama, pada sebelah malamnya.

Afifah menerima mas kahwin berjumlah RM3,000 beserta lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki.

Biarpun majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup, namun banyak foto sekitar majlis yang bertebaran di platform media sosial, dan ia menjadi bahan bualan dan kritikan warga siber.

Pertama sekali, busana yang dipakai oleh Afifah ketika majlis pernikahan kerana dianggap terlalu menjolok mata. Ramai beranggapan busana yang memperlihatkan bahagian dada dan lengan Afifah itu dianggap tidak sopan dan terlalu ‘terdedah’ untuk majlis pernikahan.

Biarpun gaun mewah daripada The Gown Atelier itu berharga lebih RM100,000, tetapi warganet berpendapat ia lebih sesuai digayakan ketika majlis resepsi.

“Alaaa kenapa tutup leher tapi tak tutup dada? mesti tambah cantik,” komen @syueazmi97 di akaun Instagram Afifah.

“Majlis nikah, tapi kenapa baju yang dipakai terdedah? Ada ustaz? Anda nikah atau berparty? Tak cukup kain ke nak tutup lengan dan rambut tu?? ini bukan salah seorang scandal si mat alip ke?” komen sinis daripada @ikin_hjabu pula.

“Selawat..tpi weiiii...cubalah time nikah tuh..tutup sikit..nntilah time resepsi tu..baru ko bedal seksi bagai ..pelik..mcm bukan org islam jer,” selar @_skylinenissan.

Tidak cukup dengan busana nikah, majlis resepsi pasangan itu juga mendapat kritikan kerana dianggap terlalu kebaratan biarpun persalinan Afifah tampil lebih sopan.

“Reception pandai pulak tutup, dan sejak bila budaya kita ikut barat yang pengantin lelaki kena angkat veil pengantin perempuan? Saya tertanya-tanya sama ada mereka ini faham ke tidak maksud perbuatan itu. Atau mereka main tiru buta-buta? Yang patut diikut masa akad nikah x ikut, tapi yang barat buta-buta diikut tanpa buat kajian,” komen pengguna Istagram @esperanza1904.

“Terlalu ikut budaya barat. Keislaman hanya pada kertas. Subhanallah. Semoga dapatlah hidayah selepas berkahwin,” tulis @aneyszura.

Biarpun komen-komen pedas membanjiri, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini menjalani episod baru dalam kehidupan mereka. 

Malah, Afifah juga dilihat mengabaikan komen-komen tersebut, tanpa memberi sebarang maklum balas. – Getaran, 7 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang