web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Ia bermula semalam dengan Istiadat Bersuruh Diraja dan hari ini melibatkan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 4:08PM

Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Putera Abdul Mateen, 32, dan Dayang Anisha Rosnah Adam akan melangsungkan perkahwinan Khamis ini.

Bagaimanapun, adat istiadat perkahwinan diraja yang mengambil masa 10 hari ini sudah pun bermula pada Ahad dengan Istiadat Bersuruh Diraja dan hari ini melibatkan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga.

Istiadat akan diteruskan dengan Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari, diikuti Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari dan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Difahamkan pada 3 Januari lalu, satu majlis khatam Al-Quran telah diadakan untuk Dayang Anisha. Bakal isteri putera raja kesayangan ramai itu dilihat menggayakan baju kurung tradisi Brunei yang dihasilkan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus.

Selepas istiadat perkahwinan berlangsung, Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan diadakan pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari, dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Putera Mateen adalah anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Sementara Dayang Anisha adalah cucu kepada penasihat Sultan Brunei yang berpengaruh di Brunei Darussalam, Pehin Datuk Isa. – Getaran, 8 Januari 2004

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang