web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

Lebih sedekad dalam industri muzik, Adira Suhaimi sudah merakamkan lebih 10 lagu runut bunyi

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 8:16AM

gambar Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kredibiliti dimiliki penyanyi Adira Suhaimi dalam industri muzik tanahair tidak boleh dipertikaikan. Dia berjaya mencorak kanvas seni secara tersendiri dengan bakat yang dimiliki. Malah, aura bintang itu sudah terpancar sejak awal kemunculannya dalam bidang nyanyian.

Malah, selama lebih sedekad dalam industri muzik, Adira sudah merakamkan lebih 10 lagu runut bunyi hingga diberikan jolokan ‘Ratu Soundtrack’.

Terbaharu, Adira sekali lagi berpeluang merakamkan lagu runut  bunyi bagi filem ‘Memoir Seorang Guru’ yang diterbitkan oleh Nova Music hasil ciptaan Ayden Ali, Adeef Den, Iqie Hugh, manakala lirik oleh Datuk Arisz Abd Rahman.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu ‘Takdir Tercipta’ ini, dia tidak kisah dengan jolokan ‘Ratu Soundtrack’, asalkan dia kekal relevan dalam era muzik semasa.

Adira menyifatkan dirinya bertuah apabila lagu runut bunyi yang dirakamkan kerap diputarkan baik di panggung wayang, kaca televisyen atau radio. Ia sekali gus dapat mempopularkan lagu nyanyiannya.

“Ia umpama promosi secara percuma apabila lagu yang dirakam dijadikan runut bunyi sesebuah filem atau drama rantaian.

“Jika mahu mengeluarkan bajet untuk mempromosikan lagu di kaca televisyen memerlukan kos yang tinggi.

“Jadi, bila sesebuah lagu kerap dimainkan di dalam filem atau drama rantaian mudah bagi lagu itu melekat di jiwa penonton,” katanya.

Menurut Adira, sebagai penyanyi, beliau ‘okey’ untuk menyanyikan sebarang lagu asal sesuai melodi dan liriknya dengan suara beliau.

“Saya tidak terlalu memilih kerana kebanyakan karya lagu yang diterima memang sedap di dengar.”

“Kepercayaan yang diberi oleh komposer dan penulis lirik kepada saya untuk merakamkan sesebuah lagu tidak akan saya ambil mudah.

“Oleh itu, saya akan berikan komitmen penuh untuk menjayakannya,” ulas Adira.

Filem ‘Memoir Seorang Guru’ adalah filem adaptasi novel nukilan Azizi Haji Abdullah.

Ia  menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama serta pelakon Ellie Suriaty, Zul Huzaimy, Nabila Huda, Johan Asa’ri, Trisha Ooi dan ramai lagi.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mei ini, filem arahan Kyoll Hamzah ini diterbitkan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd (KAHSB) dengan kerjasama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). – Getaran, 7 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Ulasan Filem : Air Mata Berjuraian Ketika Menonton Memoir Seorang Guru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang