web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cinta Lebaran – Noraniza Idris, Ihab Ismail, Azmir Ariff

Menghampiri hari terakhir Ramadan 2021 kami kongsikan lagi beberapa lagu raya untuk menceriakan suasana Aidilfitri yang agak suram tahun ini. ‘Cinta Lebaran’ merupakan lagu ciptaan Ihab Ismail dan pernah dirakamkan buat pertama kali pada tahun 2009 nyanyian bersama Noraniza Idris dan kumpulan Akasia. Setelah 11 tahun, lagu ini dinyanyikan semula oleh Noraniza Idris bersama Ihab Ismail dan Azmir Ariff pula. Mendapat lirik sentuhan Ahmad Fedtri Yahya, single ‘Cinta Lebaran’ ini masih mengekalkan susunan muzik asal Eddie Marzuki dan disusun secara live bersama pemuzik-pemuzik terkemuka tanahair seperti Ujang, Mohar , Allahyarham Kelly dan ramai lagi. Tidak lari dari konsep irama tradisional yang sering diperjuangkan oleh Noraniza Idris, lagu ini boleh menceriakan suasana raya anda.

 

Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye

Untuk sedikit kelainan, Iman Troye menampilkan sesuatu yang berbeza namun sesuai dengan imej dan arahan muziknya selama ini. ‘Pejam Celik Hari Raya’ merupakan lagu raya pertamanya yang dicipta oleh Ezra Kong dan A. Ramlee. Ceria , mudah dan menghiburkan, lagu ini mempunyai rentak yang lebih moden dan sesuai untuk generasi masa kini. Sudahpun mula diputarkan di beberapa stesen radio tempatan kami yakin iramanya yang rancak akan menggamit memori semua yang mendengar.

 

Cukup Derita Itu – Siti Nordiana

Dalam lambakan lagu-lagu raya baharu yang muncul musim ini, Siti Nordiana masih sempat tampil dengan sebuah balada cinta baharu yang bukan berkaitan dengan sambutan Aidilfitri. Lagu baharu berjudul ‘Cukup Derita Itu’ ini dicipta komposer hebat, Tam Spider dengan lirik nukilan Siti Rosmizah. Dengan suara khas Siti Nordiana yang sinonim dengan balada-baladanya sebelum ini, kami tidak hairan lagu ini juga terpilih menjadi runut bunyi untuk sebuah lagi siri drama popular di TV dengan judul yang sama lakonan bintang ternama Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

 

Salam Dari Jauh – Mark Adam, Fizie, Riena Diana, Shila Amzah, Siti Nordiana, Adzrin dan Ezwan Ariff

Buat julung kalinya, stesen radio popular tanah air, Hot FM bekerjasama dengan syarikat rakaman 17 Eleven Music menghasilkan dua lagu raya iaitu 'Salam Dari Jauh' dan 'Indahnya Syawal' yang dilancarkan secara rasmi sejak 30 April lalu. Menariknya, projek ini menyaksikan barisan penyanyi terkenal merakamkan lagu dan menyanyi bersama barisan penyampai radio Hot FM. Penyanyi terlibat untuk lagu ‘Salam Dari Jauh’ terdiri daripada Shila Amzah, Siti Nordiana, Ezwan Ariff, dan Adzrin, sementara penyampai pula adalah Mark Adam, Fizie, dan Riena Diana. Ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri, Hafiz karim dan Mubin Ismail, lagu ini yang agak sayu dan berentak balada nampaknya boleh dimasukkan dalam senarai lagu raya yang hiba. Apatah lagi dengan suasana raya tahun ini yang tidak memungkinkan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman, kami yakin ia akan mengingatkan kita tentang keluarga yang jauh di sana.

 

Kembali - Ushera 

Penyanyi Jazz yang sedang meningkat naik Ushera, turut tampil dengan sebuah lagu raya berjudul 'Kembali' yang menyaksikan penyanyi jazz itu bereksperimen dengan lagu tradisional Melayu yang sedikit terarah kepada Ghazal Melayu. Sinonim dengan kebolehan menginterpretasikan dan memperkenalkan semula lagu-lagu klasik Melayu dari era 1940-an dan 1950-an, Ushera telah terpanggil untuk menyuarakan rasa hatinya tentang situasi yang sedang dialami seluruh masyarakat dunia, dan Malaysia khasnya yang mungkin sekali lagi tidak dapat pulang menyambut Hari Raya di kampung halaman. Lagu ini merupakan percubaan kedua menulis dan merakamkan lagu raya buat Ushera selepas lagu Suka Ria Raya pada tahun 2017. Sungguhpun begitu ini percubaan pertamanya membawakan lagu dalam bentuk klasik tradisional Melayu dengan nada yang agak mendayu. Lagu ini telah disusun dan diarahkan semula oleh Ganesh Bala dengan menambah unsur-unsur Ghazal di dalam melodi. Dengan liriknya yang ditulis Ushera sendiri bersama Raihani Mohd Saaid kami yakin anda akan menyukainya – Getaran, 12 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa