web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenali Leon Sapphire

Leon Sapphire sedang menempa nama dan patut diberi perhatian oleh semua.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 8:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin anda pernah mendengar lagunya di laman sosial seperti Twitter ataupun Discover Weekly Playlist di laman penstriman Spotfiy, tetapi tahukah anda siapa Leon Sapphire?

Keith Noel yang lebih dikenali sebagai Leon Sapphire merupakan penyanyi dan penulis lagu indie tempatan. Nama pentas Leon Sapphire tercipta daripada gabungan ejaan ‘Noel’ yang dieja dari belakang dan minuman kegemarannya.

Walaupun baru bertapak dalam industri muzik, Leon Sapphire sedang menempa nama dan patut diberi perhatian oleh semua. Genre lagunya yang terdiri daripada gabungan jazz dan R&B ini tidak seperti bunyi muzik yang konvensional malah ia segar dan terkini.

Menurut Keith, “Muzik adalah satu cara untuk menyatukan pelbagai jenis orang dengan latar belakang yang berbeza. Bagi saya ini perkara yang sangat indah. Maka ia menjadi matlamat saya untuk memberi persembahan yang menyeronokkan bagi pengunjung konsert.”

Keith juga pernah membuat persembahan pembukaan untuk beberapa bakat-bakat tersohor dalam industri muzik seperti duo jazz-elektronik Tennyson, Crystal Castle, Hyukoh dan lain-lain. Dia turut terpilih sebagai artis pilihan Urbanscapes Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Single terbarunya berjudul ‘Young Love’ adalah lagu pertama dari EP, ‘Oh Yes.’ “‘Young Love’ adalah lagu untuk semua orang yang tidak dapat mengatasi masalah cinta yang telah atau sedang dihadapi. Saya berharap pendengar dapat merasai kata-kata yang ingin disampaikan melalui lirik lagu ini.”

Keith mengambil inspirasi daripada lagu-lagu yang diputarkan di Lite FM untuk menghasilkan rentak dan juga penulisan lagunya. “Ketika saya menulis sebuah lagu ia akan mengikut bunyi generik yang terlintas di fikiran saya. Oleh itu, saya akan memastikan untuk menulis lirik terlebih dahulu. Saya sentiasa merahsiakan maksud di sebalik setiap lagu kerana ia sangat personal buat saya”.

Keith yang juga pelajar jurusan undang-undang, mengambil keputusan untuk mengubah haluan dan terjun dalam bidang muzik secara sepenuh masa. Ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya sebagai artis dan menghasilkan muzik tanpa batasan.

“Lahir dalam keluarga seni, ia telah menjadi sebab untuk saya terjun dalam bidang ini tanpa halangan malah saya telah mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga saya kerana minat terhadap seni muzik sejak kecik lagi. 

“Penglibatan saya dalam koir geraja juga mendorong saya untuk menempuh bidang ini dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi”.

Keith turut berkongsi fakta random tentang dirinya yang berkemungkinan besar tidak diketahui oleh para peminatnya.

“Saya wajib minum dua bungkus teh o’ ais limau setiap hari untuk melakukan kerja seharian dengan sempurna. Saya akan membungkus dua bungkus teh o’ ais limau dari kedai mamak berdekatan rumah saya.  Ini telah pun menjadi rutin harian sejak 6 tahun yang lalu. “

Lagu terbaru Leon Sapphire berjudul ‘Young Love’ boleh didapati di platform penstriman seperti Spotify dan iTunes. – Getaran, 23 April 2021

Semua gambar: Ihsan TongTong Asia




 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN