web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berita Muzik Indie Baharu Buat Anda!

Dunia hiburan tempatan bulan ini menjadi lebih rancak dengan kelahiran beberapa karya segar oleh pemuzik indie watan.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 2:05PM

Herbal Candy dan Jazzy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak tahu apa yang sedang berlaku dalam scene muzik indie tempatan? Kami senaraikan tiga taruhan terbaharu pemuzik bebas Malaysia yang mungkin anda terlepas pandang. 

 

Oh Yes! oleh Leon Sapphire 

Penyanyi Leon Sapphire memulakan tahun 2022 dengan EP terbaharunya berjudul Oh Yes!. Menurut Leon, EP tersebut terhasil daripada gabungan idea dan bantuan bersama beberapa pemuzik seperti I-SKY, $miley, Sylvia Wong, John Thomas serta ramai lagi. 

Bukan seperti karya-karya yang sebelumnya, Leon berkata EP kali ini lebih memberi tumpuan kepada aspek penceritaan asli. 

“Muzik sememangnya memberikan kesan besar kepada jiwa kita. Setiap irama dan lirik yang terdapat dalam sebuah lagu boleh memupuk semangat dan inspirasi dalam diri seseorang. Justeru itu, saya menggunakan kuasa penulisan lirik untuk menceritakan sesuatu peristiwa dengan lebih jujur. 

“Saya akan menghabiskan masa berjam-jam untuk menghasilkan sebuah karya dan bermain piano demi mendapatkan mood yang tepat.

“Saya juga sering menggunakan analogi untuk memastikan trek tersebut sesuai dengan apa yang ingin disampaikan. Saya ingin mencipta bunyi warna-warni seperti sebuah spektrum yang unik agar para pendengar dapat menjiwainya. 

“Dengan itu, saya berharap agar lirik-lirik lagu saya dapat menyentuh perasaan para pendengar dan mewarnai kehidupan mereka dengan semangat yang lebih positif,” katanya.

 

‘Big Gurl’ oleh Herbal Candy  

Kini, duo indie Malaysia, Herbal Candy mempertaruhkan adunan semula karya mereka ‘Big Boi’ dengan judul baharu iaitu ‘Big Gurl’. 

Untuk pengetahuan semua, duo ini mula meningkat naik tahun lalu setelah melancarkan single ‘It’s U’ dan EP debut mereka berjudul Feels Like A Trip.

Herbal Candy yang terdiri daripada Iven Chong dan Syamil Syaje ini ingin menggabungkan identiti dan pengaruh muzik yang berbeza dalam karya mereka.

Justeru itu, lagu mereka kedengaran seperti gula-gula ‘Sour Power’. Bunyi yang segar, ‘menyengat’ dan dekat dengan hati pendengar.

Adunan semula single ini juga sedikit berbeza kerana ia menampilkan dua penyanyi wanita iaitu Lil Asian Thiccie dan artis hip hop alternatif Amerika Syarikat, plainfacedgirl.

“Kami ingin memberi nafas baharu pada single ini. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk berkolaborasi bersama dua artis wanita yang berbakat ini.

“Kami percaya mereka dapat memberi melodi rap yang segar dan akan membawa lagu ini ke tahap yang lebih baik. 

“Jadi, bagi memberi sokongan pada pemerkasaan wanita serta penghormatan kepada kedua-dua artis ini, kami memberikan lagu ini nama yang baharu iaitu ‘Big Gurl’,” kata Herbal Candy.

 

‘Hands to Yourself’ oleh Jazzy   

Jasmine Kok atau lebih dikenali dengan nama samarannya, Jazzy adalah penerbit, penyanyi dan penulis lagu Malaysia yang berpangkalan di Sepanyol. 

Kini, penyanyi ini mempertaruhkan single pop terbaharunya berjudul ‘Hands to Yourself’. Lagu yang ditulis dan dihasilkan oleh dirinya dan kawan rapatnya, penyanyi Alex Yen ini menandakan debut Jazzy sebagai seorang artis di Malaysia.

Berkongsi mengenai single ini, Jazzy berkata, “Lagu ini menceritakan tentang pengalaman romantik saya bersama seorang lelaki yang meninggalkan saya secara mendadak. 

“Ketika itu saya betul-betul keliru dan patah hati. Oleh itu, saya hasilkan lagu ini yang mempunyai kombinasi rentak yang rancak tapi lirik yang sedih dan jujur. Ia adalah cara terbaik untuk membagikan kesedihan tanpa berasa kesian pada diri sendiri,” jelas Jazzy.

Apa yang menakjubkan, ketika menuntut di Universiti Berklee, penyanyi ini telah mengasaskan sebuah inisiatif kolektif bernama She Knows Tech yang bertujuan untuk memperjuangkan kaum wanita dalam bidang teknologi dan industri muzik. 

“Saya mahu menyediakan pendidikan dan peluang kepada kaum wanita agar mereka rasa lebih diwakili dalam industri-industri ini. Selain itu, saya ingin meraikan dan memberi penghargaan kepada bakat-bakat mereka yang sering dipandang remeh oleh orang ramai,” ujarnya lagi.

Kesemua karya ini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik seperti Spotify dan Apple Music. Selamat mendengar! - Getaran, 4 Februari 2022

Semua gambar: Tong Tong Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Muzik 3 tahun yang lalu

'I Can Guide You To Be A Good Rapper' - Malique Yakinkan Ernie Zakri Untuk Rap 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Afgan, Phum Viphurit, Noryn Aziz Antara Nama Besar Meriahkan Kuching Jazz

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN