Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Dua Diva Bersatu – Kris Dayanti dan Noryn Aziz Bakal Berkongsi Pentas Konsert 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 5:00PM

Duo Diva Live In Malaysia - Gambar ACO Media dan AMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kedua-dua memiliki power vokal yang luar biasa! Bagaimana agaknya kalau mereka digabungkan dalam satu pentas konsert yang sama? 

Itulah yang cuba direalisasikan ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) apabila cuba menampilkan Kris Dayanti & Noryn Aziz dalam konsert yang digelar Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live In Malaysia. 

Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu) dan tiket akan mula dijual mulai 7 Oktober 2022, jam 3 petang.

Apa yang menarik, kedua-dua tampil dengan genre yang berbeza. Kris Dayanti lebih dikenali dengan genre pop, manakala Noryn pula fortenya adalah Jazz R&B. 

Kris Dayanti - Gambar fail
Kris Dayanti - Gambar fail

Dari sudut pengalaman kerjaya muzik juga tidak sama. Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. 

Ketidaksamaan inilah yang menjadikan Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live In Malaysia ini sebagai unik. 

Wakil ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM), Belvas Lee berkata, konsert ini merupakan ‘customize concert’. 

“Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia. 

“Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti,” katanya. 

Noryn Aziz - Gambar Instagram norynaziz
Noryn Aziz - Gambar Instagram norynaziz

Konsert ini juga bakal mengubat kerinduan peminat terhadap Kris Dayanti yang sudah lima tahun tidak muncul bertemu peminatnya di Kuala Lumpur khususnya. Manakala, bagi peminat Noryn Aziz pula, konsertnya memang sangat-sangat dinantikan. 

Dalam konsert ini, Kris dan Noryn akan mempersembahkan lagu hits mereka beserta beberapa duet yang mengejutkan. 

Dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my/ - Getaran, 17 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Afgan, Phum Viphurit, Noryn Aziz Antara Nama Besar Meriahkan Kuching Jazz

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'