Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

Kisah yang diadaptasi daripada novel karya penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988, Azizi Abdullah.

Filem & TV Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 8:48PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan Hari Guru yang bakal diraikan oleh seluruh warga pendidik di Malaysia pada 16 Mei hadapan, Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan Kamalariff Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah filem berjudul Memoir Seorang Guru.

Bukan naskhah yang biasa-biasa, tetapi filem ini adalah adaptasi daripada novel dengan judul yang sama hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Abdullah yang juga bekas seorang guru dan juga penerima Anugerah Penulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia.

Azizi terkenal dengan novel Seorang Tua Di Kaki Gunung. Memoir Seorang Guru adalah karyanya yang diterbitkan pada 2008.

Penerbit filem, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknya berminat untuk mengadaptasi novel berkenaan ke sebuah filem kerana karya Allahyarham itu cukup istimewa dan pernah menjadi bahan pengajaran untuk subjek sastera pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu ketika dahulu.

“Kami akui sudah banyak filem kisah guru dan pelajar diterbitkan, namun Memoir Seorang Guru ini mempunyai kelainan kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru.

“Airmata akan mengalir tanpa disedari apabila mengikuti kisah Sunan sebagai guru dan penerimaan anak-anak muridnya terhadap beliau.

“Apabila Sunan ingin mula berubah, pelbagai kejadian menyedihkan berlaku menyebabkan dia bersara awal. Ia mengangkat mesej-mesej positif seperti nilai kasih sayang, mengenang budi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitu dekat dengan sesiapa sahaja yang pernah bergelar guru dan anak murid.

“Malah, penulis novel ini juga bekas seorang guru dan ia banyak mempengaruhi kisah dalam karya tersebut,” ujarnya.

Memoir Seorang Guru arahan Kyoll Hamzah mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot.

Datuk Rosyam Noor adalah individu yang bertanggungjawab menggalas watak Cikgu Sunan.  Pelakon-pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi turut mewarnai filem yang sarat dengan emosi ini.

Tambah Arisz, lebih istimewa lagi, filem berkenaan juga mendapat kerjasama daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

“Setakat ini YGMB yang mempunyai keahlian beratus ribu di kalangan guru-guru yang kami lihat mereka mampu memainkan peranan membantu mempromosikan filem ini di sekolah-sekolah.

“Selain itu, mereka boleh menyarankan kepada guru-guru yang lain agar mengajak anak-anak murid menonton filem ini di pawagam nani yang secara kebetulan ia ditayangkan dalam suasana semua pelajar merayakan sambutan Hari Guru,” ujar beliau.

Sementara itu, Kyoll Hamzah berkata, beliau bersetuju untuk mengarahkan filem Memoir Seorang Guru kerana melihat ia adalah sebuah naskhah yang sangat menarik apabila diadaptasi menjadi sebuah filem.

Ujarnya yang sebelum ini banyak mengarah drama, beliau sendiri yang meminta kepada penerbit untuk memilih Rosyam sebagai watak utama.

“Apabila diberi peranan sebagai pengarah, saya terus mengusulkan supaya Rosyam diberi watak tersebut kerana melihat kriteria watak ‘Cikgu Sunan’ ini ada dalam diri pelakon berkaliber ini.

“Lagipun Rosyam sendiri belum pernah membawakan watak sebegini dalam mana-mana filem dan saya yakin penonton menantikannya,” ulas Kyoll.

Jelasnya lagi, pemilihan pelakon-pelakon lain juga dibuat atas perbincangan bersama penerbit, malah mereka turut menjalankan sesi uji bakat untuk pelakon kanak-kanak di mana kelas lakonan kanak-kanak dikendalikan oleh pelakon ternama Elly Suriaty.

Menjalani penggambaran pada Disember tahun lalu di beberapa buah lokasi seperti Perlis, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, pengarah itu mengakui berhadapan dengan beberapa cabaran.

Menurutnya, antara cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah memilih lokasi yang terbaik serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Untuk menghasilkan filem ini tidak terlalu sukar, namun cabarannya tetap ada. Misalnya apabila membabitkan pelakon kanak-kanak dan kami telah menganjurkan sesi kelas lakonan untuk mereka bagi menghayati watak masing-masing,” ujarnya.

Pada masa sama, Kyoll meletakkan harapan yang cukup besar memandangkan Memoir Seorang Guru adalah filem pertama arahannya.

Jika anda antara mereka yang gemar menonton filem yang mempunyai mesej tersurat dan tersirat, jangan lupa ke pawagam berhampiran bermula 30 Mei 2024 hadapan. – Getaran, 7 Mei 2024

Foto : Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Selepas 16 tahun Dalam Industri, Onew Bakal Bertemu Peminat Malaysia 27 Julai Hadapan

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN