web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Tengah JDT Mangsa Ketiga, Kereta Safiq Rahim Dipecah Guna Tukul

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 9:04AM

gambar FB JDTFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa ketiga serangan ke atas pemain bola sepak, selepas keretanya dipecahkan individu tidak dikenali menggunakan tukul malam tadi.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat Safiq di Balai Polis Larkin, kejadian berlaku pada jam 10.05 malam ketika beliau sedang memandu kereta dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido.

Menurut Safiq, sebelum kejadian beliau didatangi sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin kereta.

"Saya yang terkejut memberhentikan kereta... kedua-dua lelaki terbabit berhenti di hadapan kereta sambil menunjukkan tukul dan saya mengundurkan kereta kerana ketakutan.

"Kedua-dua lelaki tersebut meninggalkan tempat kejadian tidak lama kemudian, akibat kejadian ini cermin belakang kereta saya telah pecah," katanya dalam laporan polis yang dibuatnya selepas insiden itu.

gambar FB JDTFC
gambar FB JDTFC

Sementara itu, memetik laporan BERNAMA, polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan masih mengesan suspek yang terlibat.

Kejadian itu turut dikongsi menerusi FB JDTFC, yang memaklumkan kereta Safiq dipecah dengan tukul besi oleh dua individu tidak dikenali semasa beliau hendak pulang ke rumah selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru.

Turut dikongsi gambar kereta Honda City milik Safiq dan salinan laporan polis yang dibuat pemain bola sepak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Katanya, susulan kejadian itu dan serangan terhadap Akhyar Rashid serta Faisal Halim baru-baru ini, JDT sudah mengambil langkah meningkatkan keselamatam kesemua pemain sebagai langkah berjaga-jaga.

gambar FB Johor Southern Tigers
gambar FB Johor Southern Tigers

"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) risau dengan insiden yang melibatkan Safiq Rahim di mana kereta beliau telah diserang berhampiran Pusat Latihan JDT malam tadi.

"Kami menggesa Polis DiRaja Malaysia menyiasat perkara ini dengan segera.

"Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak. 

"Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga," katanya dalam hantaran menerusi FB JOHOR Southern Tigers.

Pada masa sama, Edwards turut menasihatkan kesemua pemain JDT supaya berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran yang dimuat naik di media sosial pada setiap masa. 

Pada Ahad lalu, pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat membeli-belah di Kota Damansara, Selangor sehingga menyebabkan kelecuran tahap empat.

Bintang Selangor FC itu kini sedang menerima rawatan rapi di sebuah hospital swasta di sini.

Terdahulu, seorang lagi pemain kebangsaan, Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala serta kaki selepas diserang dan disamun oleh dua individu di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu. - Getaran, 8 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad