web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 7:51PM

gambar FB Johor Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengarah Teknikal Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan penasihat pasukan, Hector Bidoglio akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Esteban Solari.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, Bidoglio akan dibantu Penolong Jurulatih, Pablo Ricchetti dan penolong jurulatih baharu dari Argentina serta kakitangan kecergasan dan perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan. 

Beliau berkata, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak adalah antara individu yang akan menyertai barisan kejurulatihan Bidoglio.

“Bidoglio pernah berkhidmat seketika sebagai Ketua Jurulatih JDT dari Julai hingga November 2022 sebelum menjadi Pengarah Teknikal JDT. 

“Beliau juga telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Edwards berkata, Bidoglio memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell's Old Boys dan pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Selain itu, katanya, Bidoglio pernah bersama beberapa kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, di samping telah berguru dengan pengurus terkenal, Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Semalam, JDT mengumumkan Solari dan enam pemain termasuk Mohd Aidil Zafuan antara yang akan meninggalkan kelab itu sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.

Pemain lain adalah S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Sebastian Velazquez dan Diogo Luis Santo. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad