web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Penyanyi popular era 70-an ini dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:06PM

Allahyarham Hail Amir - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3:48 petang tadi.

Berita pemergian Hail itu dikongsi oleh penyanyi, Datin Salwa Abdul Rahman menerusi Instastory dan ia disahkan oleh anaknya, Cinta Hailfi.

"Iya Papa meninggal jam 3.48 petang tadi. Papa meninggal sebab jangkitan paru-paru, tapi Papa memang sakit jantung dan itu melemahkan dia," ujar Cinta, seperti dilaporkan BH Online.

Sebelum ini, Cinta juga ada berkongsi cerita bahawa bapanya dimasukkan ke HKL selepas mengalami masalah batuk berterusan, sejak kelmarin.

Rakan baik Allahyarham, pelakon Farouk Hussain berkesempatan menziarahi Hail dan dia ada memaklumkan bahawa tahap kesihatan penyanyi itu tidak begitu baik. 

Selain lemah, Hail juga tidak mengenali orang dan sukar untuk bertutur.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 2 November 1947, Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid. 

Mereka pernah mempunyai album bersama iaitu Memori Hit Uji Rashid & Hail Amir (2009) dan Lagenda Hit Uji Rashid & Hail Amir (2010).

Lagu duet raya nyanyian pasangan itu, Seloka Hari Raya sehingga ini masih menjadi siulan ramai dan sering dimainkan di corong radio setiap kali Aidilfitri. 

Antara filem popular lakonan Allahyarham adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Dendang Perautau dan Sesejuk Air Mata Ibu. 

Pada tahun 2022, Hail dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. - Getaran, 6 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang