web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


K-KOMM Akan Bertemu Penggiat Industri Sebelum Tubuh Perbadanan Industri Muzik

Perjumpaan itu antara lain bagi memastikan kebajikan penggiat industri terbela serta tidak timbul isu pengabaian hingga menjejaskan periuk nasi mereka.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:11PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (kanan) berbual dengan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri kreatif muzik bagi menyelesaikan masalah berbangkit seperti isu royalti sebelum penubuhan Perbadanan Industri Muzik.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perjumpaan itu antara lain bagi memastikan kebajikan penggiat industri terbela serta tidak timbul isu pengabaian hingga menjejaskan periuk nasi mereka.

“Kita melakukan perjumpaan dengan mereka seperti penyanyi supaya dapat mendengar cadangan mereka. Walaupun mereka dibayar royalti melalui tiga badan, tetapi tiada badan khusus yang menjaga kebajikan mereka seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang menjaga kebajikan pelakon.

Saya telah meminta ketiga-tiga badan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Berhad dan Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad untuk mengatur perjumpaan secepat mungkin dengan pihak kami,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Ziarah Kasih di Rumah Seniman Datuk M Daud Kilau di Bagan Datuk di sini hari ini.

Menurutnya, K-KOMM berhasrat menubuhkan Perbadanan Industri Muzik bagi memastikan kebajikan semua anak seni terbela supaya tiada berlaku lagi perang mulut di dalam kalangan persatuan membabitkan artis nyanyian mengenai isu royalti sebelum ini.

Sebelum ini dilaporkan komposer dan penulis lirik S Atan telah meminta kepada MACP supaya kalau ada stesen televisyen atau radio yang gagal membayar royalti beliau supaya tidak menyiarkan lagu-lagunya.

Terdahulu, Zahidi menziarahi Raja Gelek Malaysia, M Daud Kilau 83 dan turut menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran yang menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil di rumahnya di Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk.

Munurut M Daud Kilau, kesihatan beliau masih seperti dahulu dan perlu bergantung dengan ubat-ubatan selain perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala sejak 2016.

“Keadaan kesihatan saya ketika ini kalau mahu menyanyi semula memang jauh lagi rasanya, hendak kata tinggalkan pentas tidak, itu rezeki saya yang dilahirkan sebagai penghibur.

Terserah jika Allah SWT sudah tetapkan dan masih boleh menyanyi, menyanyilah kalau tidak, setakat ini sajalah saya reda,” katanya.

Beliau turut mengakui sudah lama tidak menerima bayaran royalti daripada pihak  bertanggungjawab.

“Royalti lagu memang dapat juga tapi hendak kata setahun sekali pun tiada. Sebelum ini adalah dapat RM400 hingga RM300 tapi itu sudah lama saya pun sudah lupa kerana saya tidak ambil tindakan, bukan rezeki saya. Tapi saya bersyukur masih ada yang masih ingat pada saya termasuk juga memberi sumbangan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 3 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN