web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Dengan harga serendah RM129 sudah semestinya ramai peminat yang tidak mahu lepaskan peluang

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 8:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya dalam masa dua jam, tiket untuk konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sudah habis dijual. Perkara itu diumumkan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya semalam. 

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” kongsi Siti.

Konsert yang dijadualkan pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil ini biarpun mendapat maklum balas yang baik daripada jutaan peminat penyanyi nombor satu negara ini, ramai juga yang meminta supaya ia ditangguhkan demi solidariti kepada Palestin.

Bagaimanapun, Siti tampil mempertahankan tindakannya itu dengan menjelaskan dia sudah memikirkan segala kemungkinan sebelum membuat keputusan. Jelas Siti, setiap orang punya cara untuk menyatakan sokongan dan bantuan. 

“Setiap orang ada cara dan peranan, ada bentuk saran, pengorbanan dan sumbangan, ada cara menyediakan, memberikan serta menyalurkan.

Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza satu medium yang menatang keinginan, menghulurkan keprihatinan dan menghidangkan kebersamaan, dengan hasrat dan tujuan, dari kita untuk kita, menebar ke serata, sampai tepat ke destinasi yang dibawa.

Yayasan Nurjiwa dengan penuh keikhlasan menghadirkan pentas karya untuk kita dapat membantu sesama. Semoga setiap usaha kita melimpahkan rahmat dan pahala sebesar-besarnya,” ulas beliau.

Tiket konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ dijual pada harga serendah RM129 hingga RM799 di www.klticketing.com. - Getaran, 22 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa