web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 9:13PM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut disiasat dua anak bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, yang mengesahkan perkara itu, berkata siasatan itu berhubung isu pengisytiharan harta.

Beliau yang dilaporkan media tempatan, berkata pihaknya juga sudah mengeluarkan notis kepada kedua-dua anak bekas Perdana Menteri itu untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Namun, beliau menjelaskan pihaknya tidak dapat memberikan maklumat penuh berkenaan isu yang sedang disiasat.

"Saya ingin mengesahkan beliau (Dr Mahathir) adalah antara yang disiasat dalam kes ini dan ekoran daripada penyiasatan terhadap beliau itu mengaitkan kedua-dua anaknya yang mana kita sudah memberi notis kepada kedua-dua anaknya untuk mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

"Saya tak dapat bagi detail (perincian) mengenai apa kesalahan yang lakukan oleh Tun M dan anaknya. Biarkan penyiasatan berjalan dahulu sehingga pada satu ketika difikirkan sesuai kita nyatakan itu lebih moleklah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, di Kelantan, hari ini.

Pada Januari lalu, media melaporkan SPRM mengarahkan anak Dr Mahathir, Mirzan, untuk mengisytiharkan semua harta alih dan harta tak alih miliknya sama ada di dalam atau di luar negara kepada Suruhanjaya itu.

Seorang lagi anak Dr Mahathir, Tan Sri Mokhzani dilaporkan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – Getaran, 25 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad