web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 9:15PM

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pada 4.42 pagi pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu. 

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, kira-kira pukul 3 pagi semasa pengadu bersama sepupunya sedang tidur kedengaran bunyi empat das tembakan di luar rumahnya. 

"Pengadu yang tersedar dengan tembakan itu terus pergi ke pintu utama di rumahnya dan mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal memecut laju ke arah Bunut Susu.

"Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada cermin belakang dan cermin sisi penumpang hadapan kereta Perodua Viva, manakala kereta Mitsubishi Titon telah ditembak di bahagian fender kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan di kawasan hadapan rumah lelaki itu menemukan empat kelongsong peluru disyaki jenis sembilan milimeter. 

"Dalam kejadian ini tidak melibatkan kecederaan mana-mana individu dan hanya melibatkan kerosakan dua buah kereta sahaja dan suspek disyaki dua lelaki tempatan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

"Kes disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Sek. 427 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad