Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

Refleksi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 12:54PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita semua pasti  pernah melalui saat-saat yang mendebarkan apabila mendapat berita tragis mengenai orang yang kita sayang atau diri sendiri terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius atau ditimpa penyakit serius seperti serangan jantung atau kanser.

Perkara yang tidak terduga ini semestinya akan memberikan kejutan yang bukan kepalang. Sedikit sebanyak ia juga menjejaskan emosi memandangkan ia berlaku dengan sekelip mata sehingga mengubah kehidupan kita.

Selain daripada tekanan emosi, kestabilan kewangan kita juga turut terjejas. Menurut kajian oleh RinggitPlus, tujuh daripada 10 rakyat Malaysia hanya menyimpan kurang dari RM500 sebulan. 

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sangat mudah terdedah kepada krisis kewangan mengejut. Dengan 598,635 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara pada tahun lalu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, implikasi kewangan bagi keadaan-luar-diluar jangka ini memberikan tekanan bebanan yang berat, terutamanya jika ia melibatkan pencari nafkah utama sesebuah keluarga.

Dek itulah, suka atau tidak dengan keadaan semasa ini, kita dinasihatkan agar memiliki insurans atau perlindungan takaful bagi menghadapi situasi tidak terduga ini. Lebih-lebih lagi perbelanjaan untuk perubatan semakin melonjak, terutamanya yang melibatkan penyakti serius seperti kanser.

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini, di mana ia menawarkan bantuan penting apabila diperlukan. 

Berikut adalah lima cara bagaimana takaful melindungi bukan sahaja wang anda tetapi juga ketenangan fikiran, memastikan anda mempunyai jaringan keselamatan apabila berhadapan dugaan dalam kehidupan.

1. Pelindung Kepada Realiti Kesulitan Hidup

Kematian, kecacatan menyeluruh dan kekal, serta penyakit kritikal adalah topik yang sering dielakkan oleh ramai orang dalam perbualan harian kerana ia dianggap berbaur negatif. 

Oleh itu, menyumbang kepada pelan takaful adalah seolah mempunyai rakan pelindung yang akan menghadapi cabaran kehidupan ini dan melindungi diri daripada hutang yang mungkin akan timbul apabila berhadapan dengan situasi terbabit.

Takaful beroperasi atas prinsip kerjasama dan pertolongan bersama, bermaksud apabila penyumbang takaful berhadapan salah satu cabaran ini, dana dari tabung perkongsian tersebut akan disalurkan secara terus dan telus kepada penyumbang dan keluarga. 

Ini menjamin penyumbang akan memiliki pendapatan yang tidak terputus bagi menampung bil yang tinggi dan memberi tumpuan kepada pemulihan.

2. Menjaga Kualiti Hidup 

Takaful mampu menawarkan sinar harapan dengan menyediakan cara untuk mengurangkan risiko dengan meringankan bebanan kewangan. Takaful membolehkan penggantian punca pendapatan untuk pencari rezeki, memastikan kestabilan kewangan.

Sebagai contoh, inisiatif Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) PruBSN i-Lindung membolehkan penyumbang menggunakan dana KWSP mereka untuk sijil takaful seperti PruBSN Lindung Famili atau PruBSN Cegah Famili untuk melindungi diri dan keluarga. 

Melalui sijil ini, orang tersayang mendapat akses kepada faedah yang komprehensif apabila berlaku tragedi seperti kematian, hilang upaya kekal, dan penyakit kritikal, menyediakan sokongan kewangan penting dalam waktu yang mencabar.

3. Perlindungan Disesuaikan Mengikut Kesesuaian Individu

Selalunya wang menjadi alasan atau penghalang untuk menyumbang kepada takaful. Tinjauan mendapati 30% rakyat Malaysia yang tidak memiliki perlindungan peribadi berusia 25 hingga 40 tahun. 

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, dana takaful pada amnya mempunyai kadar tetap dan tidak terikat kepada kadar faedah. Apa yang membezakannya ialah ia disesuaikan  menepati keperluan individu. 

Penyedia takaful tidak percaya kepada penggunaan hanya satu pendekatan untuk semua, mereka memberi ruang dan kuasa kepada penyumbang untuk menentukan pelan mengikut keperluan khusus mereka.

Selain itu, pilihan untuk memiliki pelan perlindungan melalui KWSP menawarkan solusi yang mampu milik. Dengan cara ini, pelaburan dalam perlindungan takaful tidak akan memberikan impak kepada komitmen gaji bulanan sedia ada. Sebaliknya, ia menyediakan kemudahan dan lebih mudah diakses tanpa menjejaskan bajet anda.

Sebagai contoh, sijil takaful di bawah inisiatif KWSP PruBSN i-Lindung menekankan kepentingan memberikan perlindungan kewangan kepada setiap rakyat Malaysia melalui sumbangan tahunan dari serendah RM13.80* bagi setiap ahli yang dilindungi. 

Sijil PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili meluaskan perlindungan kepada penyumbang, pasangan mereka yang berumur 19 hingga 65 tahun dan anak-anak mereka yang berumur 14 hingga 65 tahun. Sijil-sijil ini juga memastikan kelayakan mereka sehingga umur 75 tahun.

4. Takaful Patuh Syariah, Tiada Amalan Riba

Beroperasi atas prinsip saling membantu (Ta’awun) antara satu sama lain semasa ditimpa kesusahan di mana penyertaannya adalah Tabarru’at (Kebajikan). Tidak seperti insurans konvensional, takaful memberikan keutamaan kepada ketelusan dan bebas dari unsur faedah (riba).

Untuk memastikan semua penyumbang mengambil maklum mengenai impak sumbangan mereka, pengendali takaful sentiasa memberikan penerangan mengenai pengurusan dana.

Landasan kewangan ini juga membolehkan penyumbang melabur dalam projek-projek tanggungjawab sosial korporat untuk membantu mereka yang memerlukan, termasuk inisiatif kesihatan, pendidikan, dan juga pembangunan infrastruktur. 

Melalui rangka kerja etika, takaful berperanan sebagai pemangkin bagi melestarikan kewangan yang mampan dan perubahan sosial yang positif.

5. Jaminan Kepercayaan Dalam Menghadapi Ketidaktentuan

Menurut satu kajian oleh Prudential, hampir dua pertiga orang bimbang tentang persediaan masa depan mereka jika sesuatu yang buruk berlaku. Ini memberikan gambaran yang menakutkan tentang kestabilan kewangan pada masa depan.

Di sinilah takaful memainkan peranan, membantu individu mengemudi kekhawatiran ranjau kehidupan dengan ketabahan dan keyakinan. Takaful memberikan kekuatan kepada penyumbang untuk mengejar matlamat dan menjalani kehidupan mereka dengan sepenuhnya melalui pembayaran sekali gus apabila keadaan yang tidak dijangka berlaku.

Secara kesimpulannya, menyumbang kepada takaful adalah langkah proaktif untuk memastikan kestabilan kewangan, menawarkan penggantian sumber pendapatan yang segera apabila hidup tidak seperti yang dirancang. Ingat! langit tidak selalunya cerah. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EPF i-Lindung, sila layari laman ini. - Getaran, 4 Mei 2024

Foto : https://www.prubsn.com.my/ & unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

oleh Rahayu MN