web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

Lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Adrianna Cinta ini terpilih menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri siaran Astro Ria, ‘Malang Si Puteri’

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 8:26PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir  dengan single terbaharu berjudul Cinta Tak Mungkin. Buah tangan terbaharu ini bolehlah dianggap sebagai hadiah raya untuk setiap pemujanya di luar sana. 

Lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Adrianna Cinta ini telah terpilih menjadi runut bunyi untuk drama bersiri siaran Astro Ria yang berjudul ‘Malang Si Puteri’.

Cinta Tak Mungkin susunan Reza Ramsey ini terhasil menerusi perbincangan di antara komposer Farouk Roman dan pihak penerbit drama, Radius One Sdn.Bhd. Farouk menghasilkan lagu dan lirik yang sesuai dengan kehendak penerbit dan jalan cerita drama bersiri tersebut.

Menurut Siti Nurhaliza, Cinta Tak Mungkin merupakan kerjasama kali kedua beliau dengan Farouk Roman yang pernah menghasilkan lagu berjudul Senyawa menerusi album Sitism. 

Melodi dan lirik lagu yang sinonim dengan kehendak sesebuah jalan cerita menjadikan lagu ini istimewa di hati beliau.

“Farouk memang terkenal dengan penghasilan lagu runut bunyi dan saya percaya dengan sentuhan beliau. Selain itu, Farouk juga memberi kebebasan kepada saya untuk menyanyikan lagu tersebut dengan cara saya sendiri. Pertama kali mendengar demo, saya terus terpikat dengan lagu ini,’’ ujar Siti. 

Kongsi Siti lagi, rakaman lagu ini dilakukan ketika Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza baru sahaja selesai, jadi suaranya masih lagi dalam fasa pemulihan.

“Sewaktu merakamkan single terbaharu ini, saya akui yang vokal saya masih lagi dalam fasa pemulihan. Namun, ia tidak menjadi masalah dan saya dapat melunaskan tanggungjawab yang diberikan.

“Menyanyikan lagu runut bunyi dianggap sebagai satu peluang terbaik kepada seseorang penyanyi kerana lagu tersebut akan selalu diperdengarkan dan mudah mendapat perhatian penonton serta pendengar. Saya dimaklumkan, lagu ini turut diterima baik oleh penonton drama Malang Si Puteri yang kini sedang ditayangkan.

"Walaupun lagu ini bukan tentang kisah hidup saya, namun saya cuba menjiwai watak yang digarap dalam drama itu dengan baik,” ulas Siti.

Lagu ini boleh distrim di seluruh pelantar digital bermula 8 Mac lalu. - Getaran, 8 April 2024

Foto : Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM