web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penangan Ziana & Anuar, Tiket Konsert Laris Bak Pisang Goreng Panas

Sejak dari jam 3 petang semalam, peminat berebut-rebut untuk mendapatkan tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 sehingga laman sesawang mengalami kesesakan luar biasa. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 6:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat bulan jatuh ke riba, itulah perasaan peminat dua penyanyi mega negara iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain apabila dua beradik ini bakal mengalunkan vokal lunak mereka dalam sebuah konsert pada Ogos depan. 

Lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri muzik, tetapi inilah kali pertama kedua-dua mereka bergabung dalam sebuah konsert yang diberi nama 'Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022' yang bakal berlangsung di Dewan Plenary KLCC.

Tiket sudah mula dijual pada jam 3 petang semalam, dan dikhabarkan tidak sampai tiga jam, lebih 50 peratus tiket sudah habis dijual.

Tinjaun Getaran di laman sesawang pembelian tiket www.excitix.com.my mendapati banyak tiket di beberapa kategori sudah habis dijual. 

Ziana dan Anuar sewaktu ditemui pihak media berkata mereka langsung tidak menyangka sambutan hangat dari peminat sepantas ini. 

“Sejujurnya jika tanya saya, pada ketika ini saya hanya fikir tanggungjawab untuk hadir ke sesi sidang media ini sahaja. Langsung tidak terfikir soal jualan tiket,” kata Anuar.

Bagi Ziana pula, ramai peminat sudah mula mengadu bahawa sudah banyak kali mereka cuba mendapatkan tiket secara dalam talian tetapi gagal. 

Syukur Alhamdulillah di atas sambutan yang menggalakkan. Ramai yang tanya Kak Gie kenapa tekan-tekan tak dapat, Pengurus saya dan Anuar lah yang pening nak tolong jawab. 

Ditanya apa yang membuatkan mereka berdua terbuka hati untuk melakukan konsert bersama selepas sekian lama, kata Ziana dan Anuar semuanya berlaku secara tiba-tiba. 

Sebelum ini kami berdua pernah bercakap-cakap mengenai keinginan untuk melakukan konsert bersama. Tetapi banyak kekangan. Tetapi kali ini Allah permudahkan semuanya. Agak pelik juga sebenarnya sebab semuanya berlaku dengan mudah,” jelas Anuar. 

Pada konsert yang akan berlangsung selama 90 minit itu nanti, Ziana dan Anuar akan mendendangkan enam lagu solo masing-masing dan empat lagu duet. 

Kesemua lagu yang bakal didendangkan adalah lagu-lagu yang paling memberi makna dan mendapat sambutan sepanjang karier mereka. 

Saya sangat mengharapkan para peminat terhibur dengan lagu-lagu yang telah kami pilih. Walaupun tidak dapat memenuhi permintaan semua untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka. Saya harap mereka faham,” ujar Ziana. 

Namun kata Anuar, mereka mungkin akan menyampaikan lagu-lagi permintaan peminat yang hadir pada konsert itu nanti secara akapela (nyanyian tanpa muzik). 

Tiket-tiket konsert ini dijual pada harga RM1188 (VIP), RM988 (Diamond) , RM788 (Platinum), RM588 (Gold) dan RM288 (Silver). Konsert ini dibawakan khas oleh syarikat Trumpet International Sdn Bhd. - Getaran, 20 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN