web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

Lagu Ria Ramadan menyatukan unsur-unsur muzik pop reggae, burdah

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 4:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung-julung kalinya, kumpulan pop reggae, Venus bergabung dengan kumpulan nasyid, UNIC untuk penghasilan lagu penuh inspirasi, ‘Ria Ramadan’. 

Kolaborasi ini adalah yang pertama dalam sejarah muzik Malaysia antara artis nasyid dan band pop reggae, menyaksikan lagu ‘Ria Ramadan’ menyatukan elemen muzik pop reggae dan burdah.

Gabungan ini mencipta satu pengalaman yang unik dan menyegarkan bagi pendengar serta peminat kedua-dua genre muzik terbabit.

Ketua kumpulan Venus, Adi 6ixthsense berkata, penghasilan lagu itu adalah ideanya sendiri bersama pihak pengurusan, JYAN Entertainment.

“Selalunya orang memilih untuk keluar dengan lagu raya, tetapi kami memilih lagu Ramadan kerana lagu-lagu tema sebegini masih tidak banyak dihasilkan.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan UNIC dalam projek ini. Kolaborasi ini membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan dan dapat menyatukan pelbagai genre muzik", ujar Adi.

Sementara itu, kumpulan UNIC juga menyambut baik kolaborasi ini. Mereka menganggapnya  sebagai satu platform untuk menyampaikan muzik nasyid kepada golongan pendengar yang lebih meluas. 

"Kami yakin melalu lagu ini, mesej-mesej positif dalam muzik nasyid dapat disampaikan kepada lebih ramai orang daripada pelbagai lapisan masyarakat," ujar wakil dari UNIC. 

Mengulas mengenai proses rakaman, Fakhrul UNIC mengakui ia antara cabaran untuk merekodkan lagu ini ia untuk memastikan elemen nasyid dan reggae itu seimbang. 

“Kami kena pastikan kedua-dua elemen ini bergabung dengan baik. Kami, UNIC tidak boleh berlebih-lebihan, Venus pun sama. Kena seimbang,” ulasnya. 

Venus dianggotai oleh bakat-bakat yang tidak asing lagi dalam arena muzik Malaysia seperti Adi 6ixthsense sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar kedua, Ayoy 6ixthsense sebagai pemain bass, Lan Jinbara sebagai gitaris utama, Apiz sebagai pemain dram, dan Puteri Khareza sebagai penyanyi.

UNIC pula adalah kumpulan nasyid yang sudah bertapak dalam industri muzik tempatan selama 20 tahun dan kini dianggotai oleh Bazli, Fadzli dan juga Fakhrul. – Getaran, 23 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Takut Bawa Lagu Ini – Ungu Nyanyi Lagu Paling Digeruni Semasa Konsert Di Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa