web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 4:01PM

Kumpulan The Beatles - Gambar Fox Images

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk membantu mencipta "lagu Beatles terakhir," yang djangka dikeluarkan akhir tahun ini, kata pemuzik legenda dan bekas anggota Beatle Paul McCartney.

"Apabila kami mahu menghasilkan lagu Beatles terakhir, ia adalah demo milik John (Lennon) yang kami usahakan," pemuzik berusia 80 tahun itu memberitahu BBC Radio 4 pada Selasa, merujuk kepada mendiang yang meninggal dunia pada tahun 1980.

"Kami baru sahaja menyiapkannya dan ia akan dikeluarkan tahun ini.Kami dapat mengambil suara John dan menjadikannya tulen melalui AI, jadi kami boleh mencampurkan lagu itu, seperti yang biasa anda lakukan.

"Terdapat sisi baik dan kemudian sisi yang menakutkan, kita hanya perlu melihat apa yang membawanya," lapor Agensi Anadolu memetik pemuzik ikonik itu.

Walaupun McCartney tidak mendedahkan nama lagu itu, menurut BBC, ia berkemungkinan lagu gubahan Lennon pada 1978 berjudul 'Now And Then'.

Gubahan itu sudah lama dianggap sebagai potensi "lagu reunion" The Beatles semasa kompilasi album Anthology pada 1995, katanya.

Beliau memperoleh demo setahun lebih awal daripada balu Lennon, Yoko Ono, kerana ia adalah satu daripada beberapa lagu pada kaset yang ditandakan "Untuk Paul" yang Lennon buat sejurus sebelum kematiannya pada 1980.

McCartney mengumumkan The Beatles telah berpecah secara rasmi pada tahun 1970, sebelum kumpulan itu mengeluarkan lagu ikonik Let It Be.

Pada tahun 1980 Lennon kembali aktif apabila dia mula menulis lagu dan merakam album dengan Ono, Double Fantasy. Beberapa minggu selepas pelancaran album, Mark David Chapman, menembak mati Lennon di hadapan pangsapurinya di New York City. - Bernama/Agensi Anadolu

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Mesin Ladang Dijana AI, Hasil Kolaborasi BoomGrow Dan CelcomDigi

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Human Touch' Beri Jiwa Kepada Karya, AI Tidak Mampu Lakukannya

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa