web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 8:22PM

Hello Kuala Lumpur didakwa menciplak lagu 'Halo, Halo Bandung' yang berasal dari Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Video lagu bertajuk ‘Helo Kuala Lumpur’ di saluran Lagu Kanak TV di YouTube mencetuskan kontroversi di kalangan netizen Indonesia yang mendakwa lirik dan melodinya serupa dengan lagu yang berasal dari Indonesia, ‘Halo, Halo Bandung’. 

Menurut media Indonesia, saluran Lagu Kanak TV yang didakwa berasal dari Malaysia memuat naik video lagu itu pada 2018 dan sekali lagi pada 2020 di saluran sama.

“Lagu ‘Hello Kuala Lumpur’ hampir sama dengan lagu yang berasal dari Indonesia iaitu ‘Halo, Halo Bandung,’ menurut CNBC Indonesia yang membandingkan beberapa lirik dalam dua video lagu itu.

CNN Indonesia pula melaporkan, lagu 'Helo Kuala Lumpur' hanya menukar beberapa perkataan lain daripada lirik asal 'Halo, Halo Bandung' hasil karya seniman maestro Betawi, Ismail Marzuki.

Video lagu di saluran Lagu Kanak TV itu menjadi topik perbualan di platform X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, sejak Isnin kerana melodinya sama dengan 'Halo, Halo Bandung.'

Ismail, atau lebih dikenali sebagai Bang Maing, dilahirkan di Jakarta pada 11 Mei 1914 dan meninggal dunia pada 25 Mei 1958, serta dianugerahkan gelaran anumerta Pahlawan Nasional Indonesia pada 2004.

Menjawab dakwaan pelanggaran hak cipta dalam lagu yang tersebar di YouTube itu sejak 2018, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata pihaknya masih mengumpul bukti berhubung plagiarisme itu.

"Kami masih mengumpul maklumat yang lebih lengkap," katanya seperti dipetik Tribunnews.com. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Mas Zhiddin: 'Ketaksuban' Netizen Merisaukan!

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa