web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Dulu banyak ‘cover’ lagu orang, kini pempengaruh TikTok, Adrianna sudah mula menulis lagu sendiri yang dihasilkan tidak sampai 4 Jam!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 6:15PM

Adrianna Cinta muncul dengan single pertama 'Sayang'. - Gambar oleh Sony Music Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal di platform penstriman TikTok dengan jutaan tontonan ketika menyanyikan lagu-lagu saduran, kini sudah masanya Adrianna Cinta mengembangkan bakatnya menerusi single pertama bertajuk “Sayang”.

Adrianna atau nama sebenarnya Puteri Adrianna Cinta Megat Faizal menuliskan 'Sayang' yang merupakan luahan hati seorang seorang perempuan yang jatuh cinta kepada sahabat baiknya sendiri, namun memilih untuk memendam perasaan.

Berkongsi tentang penceritaan lagu 'Sayang', menurutnya lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidupnya. Namun begitu, penyanyi ini mempunyai kelebihan dalam mendalami maksud penceritaan yang terkandung dalam lirik coretannya. 

"Lagu ini adalah sepenuhnya berdasarkan imaginasi saya. Saya terbayangkan situasi itu dan terus menjadikannya sebuah lagu.

“Sejujurnya, lagu ini bukanlah dirancang dengan ketat, saya hanya cipta dengan mencurahkan apa yang bermain dalam minda, kemudian tidak lama selepas itu, siaplah bahagian permulaannya. Saya hanya ambil masa tiga ke empat jam sahaja untuk keseluruhan lirik,” katanya. 

Berkongsi lanjut mengenai proses penciptaan lagu ini, gadis berumur 19 tahun ini hanya mengambil masa beberapa hari sahaja bagi menyempurnakan lagu dengan rentak pop ini.

Adrianna Cinta
Adrianna Cinta

"Kebanyakan lagu ciptaan saya hanya mengambil masa sehari sahaja untuk siap. Namun jika termasuk proses 'mixing', lagu ini lengkap sepenuhnya dalam masa dua hari. Itulah antara yang boleh dikatakan sebagai kekuatan saya, menulis lagu dalam masa yang singkat dan jalan ceritanya bercampur sama ada dalam jalan cerita atau perasaan seseorang,” katanya.

"Saya amat berharap lagu ini dapat menyentuh perasaan orang ramai yang mendengar lagu ini, semoga ia memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan terus jatuh cinta dengan “Sayang”. Selain itu, saya juga amat berharap ia mendapat putaran di stesen-stesen radio tempatan dan diguna pakai secara meluas di pelbagai platform media sosial.

"Lagu 'Sayang' ini adalah sangat istimewa untuk semua orang, saya dahulukan sokongan semua pihak dengan ucapan terima kasih. Untuk mereka yang ingin mengenali saya dengan lebih dekat, bolehlah ikuti saya di laman sosial media saya selalu kongsi perkembangan di platform berkenaan," katanya lagi.

Lagu 'Sayang' boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. - Getaran, 28 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa