web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 12:01PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga jauh lebih murah, selain akses semakin mudah dan meluas antara faktor mendorong pengguna cenderung berbelanja di platform e-dagang seperti Tik Tok Shop berbanding berkunjung ke kedai fizikal.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Dr Jain Yassin berkata, platform e- dagang juga memudahkan pengguna untuk melakukan proses pemilihan dan pembelian barang.

"Dari sudut harga, sebagai orang yang ingin membeli akan cenderung kepada pembelian secara dalam talian (kerana lebih murah). Yang keduanya penggunaan e-dagang sekarang sudah meluas, secara logiknya ia menyenangkan proses pemilihan dan pembelian barang," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan khas BERNAMA semalam, berkenaan keluhan peniaga Bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) berikutan jualan kurang memberangsangkan berbanding sebelum ini antara lain disebabkan kemunculan platform e-dagang seperti Tik Tok Shop.

Selain itu, beliau juga tidak menolak kuasa beli yang semakin berkurangan sebagai satu daripada faktor mendorong pengguna untuk lebih cenderung berbelanja di platform e-dagang.

Bagi melindungi peniaga kecil-kecilan yang terpaksa bersaing dengan peniaga dalam talian ini, Jain menyarankan kerajaan untuk menilai satu mekanisme keseimbangan harga.

"Mungkin kerajaan boleh melihat mekanisme keseimbangan harga yang sesuai. Ini kerana penjualan daripada TikTok dan sebagainya ini belum ada cukai spesifik, menyebabkan harga yang dijual di Tiktok lebih murah berbanding di pasaran," katanya.

Jain berkata, sekiranya harga ditawarkan secara dalam talian terlalu rendah tanpa sebarang kawalan, ia boleh menyebabkan gangguan kepada harga pasaran, sekali gus menjejaskan peniaga-peniaga yang memfokuskan kepada perniagaan secara fizikal.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Adilah Azhari berpandangan kerajaan boleh memperbanyakkan karnival untuk membantu peniaga kecil-kecilan menambah pendapatan mereka yang terjejas akibat persaingan ini.

"Kita faham bahawa kerajaan perlu buat sesuatu untuk menjana pendapatan negara dan juga dalam masa sama menstabilkan pasaran.

"Bila harga (dalam talian) terlalu rendah, jadi mengganggu kepada harga pasaran. Ini menyebabkan secara tidak langsung membelakangkan peniaga-peniaga sedia ada, terutamanya peniaga yang fokus kepada fizikal," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman turut menyarankan kerajaan untuk mengenakan cukai kepada sebarang transaksi e-dagang di platform media sosial termasuk Tik Tok bagi melindungi penjaja kecil di negara ini.

Beliau berkata, kewujudan peniaga di platform dalam talian boleh menggugat masyarakat penjaja kecil di negara ini memandangkan harga jualan yang ditawarkan jauh lebih murah.

"Saya ingin menyarankan supaya mana-mana pembeli yang mengguna sistem dalam talian ini dikenakan cukai kerana kita inginkan situasi menang-menang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran