web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 9:01PM

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat, sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda golongan itu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, pendedahan terlalu awal kepada media akan meningkatkan risiko kanak-kanak terpengaruh dengan elemen yang mungkin tidak sesuai dengan kategori umur mereka.

"Tentu sekali kita tidak mahu menafikan hak kanak-kanak untuk mendapatkan informasi tetapi informasi harus disampaikan mengikut kesesuaian umur dan di TikTok ini banyak isu sosial, malah ada pempengaruh yang berkongsi pengaruh tidak baik.

"Untuk kanak-kanak, perlu ada penapisan sebab mereka lemah, mudah dipengaruhi dan kita rasa patut ada peraturan untuk menetapkan kategori umur penggunaannya berdasarkan tahap kematangan dan apa informasi yang mereka boleh peroleh," katanya kepada BERNAMA.

Noor Aziah yang juga Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pendedahan tidak sesuai dengan usia boleh memberi kesan kepada tingkah laku serta pemikiran generasi muda yang memberi impak kepada jati diri bangsa pada masa hadapan.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya bercadang mengadakan jelajah bersama Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai keselamatan penggunaan media sosial, terutama TikTok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Khairie Ahmad pula berkata, ciri TikTok yang memaparkan video pendek serta ringkas mungkin meningkatkan ketaasuban kanak-kanak untuk terus menonton kandungan di aplikasi itu.

Beliau berkata, biarpun ia menawarkan tetapan untuk pengguna menyaring kandungan yang diakses namun masih tiada jaminan kanak- kanak terselamat daripada terdedah kepada kandungan negatif dan risiko data mereka dimanipulasi.

"Badan konsultan digital antarabangsa DataReportal mendedahkan rakyat Malaysia menghabiskan 38 jam sebulan untuk mengakses media sosial dengan platform tertinggi penggunaan adalah TikTok.

"Jadi dengan tempoh masa itu, terdapat dua kebimbangan iaitu kandungan yang ditonton dan data yang diberikan kepada pengguna, sekiranya kanak-kanak ini membuka akaun sendiri kerana pembekal media sosial ini perniagaan mereka adalah berasaskan data, dan data ini diambil daripada setiap pengguna serta digunakan bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan yang mereka jual kepada pemain industri lain," katanya.

Mohd Khairie berkata, sebarang cadangan penggubalan akta berkaitan keselamatan digital pada masa depan harus mengambil kira pengawalseliaan kandungan media sosial bagi kanak-kanak, dan memastikan penguatkuasaan terhadap penyedia perkhidmatan yang menyalahgunakan data.

Beliau turut menekankan peranan ibu bapa dan penjaga untuk mengawal selia penggunaan media sosial oleh kanak-kanak, supaya mereka tidak ketinggalan dengan teknologi semasa, selain tidak terdedah kepada perkara negatif.

"Kita perlu berhati-hati dalam perkara ini kerana kita mahu menyekat penggunaannya, namun pada masa yang sama, kita bercakap mengenai pendigitalan pendidikan, jadi perlu ada keseimbangan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad