Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

Kisah Kita Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 12:07PM

Wanita Orang Asli suku Jahut, Nur Rafidah Man dan suaminya, Rihan Rawi berbangga apabila bakal memiliki rumah impian pada Mei depan yang dibina hasil keuntungan jualan yang diperolehi di dalam platform media sosial, Tik Tok. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Tidak sampai setahun aktif berniaga, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini bakal memiliki rumah impiannya Mei ini yang dibina hasil jualan menerusi TikTok.

Walaupun hanya rumah kecil untuk berteduh seisi keluarga, namun sudah cukup memberikan kepuasan kepada Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau di sini.

Beliau yang mula berniaga sejak November lalu dengan menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, tidak menyangka perkongsian rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya di aplikasi itu telah membuka pintu rezeki.

Menggunakan akaun @Jungle Girl, ibu kepada anak perempuan berusia enam tahun itu kini menjana pendapatan yang memuaskan dengan hampir 60,000 pengikut di TikTok.

Nur Rafidah berkata, keyakinan untuk berniaga melalui TikTok timbul selepas menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lalu.

"Pada awalnya saya ragu-ragu boleh ke nak buat tapi selepas kali pertama buat dan melihat hasil komisen yang dapat, rasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.

"Selepas itu, saya mula berani pula berniaga secara 'affiliate' (menjadi ejen) dengan melibatkan aktiviti promosi dan jualan secara langsung produk lain seperti makanan dan penjagaan kulit untuk mendapatkan komisen sampingan," katanya kepada BERNAMA baru- baru ini.

Menurutnya, antara yang dipelajari daripada bengkel tersebut adalah kaedah merakam video dan penyuntingan, pemilihan tajuk kandungan video yang menarik, selain turut disediakan peralatan seperti mikrofon nirkawat, lampu dan tripod.

Bertitik tolak daripada itu, beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah cuba menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan.

"Saya tidak menjangkakan percubaan saya itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu," katanya yang telah menjual 9,000 unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu.

Sementara itu, guru multimedia pendidikan khas integrasi SMK Kuala Krau, Mohammad Hazeem Azemi berkata, Rafidah adalah antara 43 orang daripada kumpulan pertama Orang Asli yang mendapat manfaat daripada kemudahan studio multimedia di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, walaupun studio tersebut khusus untuk pelajar pendidikan khas, namun kedudukan SMK Kuala Krau yang terletak di luar bandar iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Temerloh, mendorong pihak sekolah membuka kemudahan itu kepada penduduk setempat termasuk Orang Asli.

"Saya percaya guru bukan sahaja mampu mengubah pemikiran murid tetapi juga mampu membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Pemilikan Akaun Kanak-Kanak Bawah Umur Akan Dibincang Dengan TikTok - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara 6 Bulan

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM